DIY & Kraf

Cara Buat Semburan Baja Kulit Nanas, Kena Letak Air Hujan Rupanya…

45
SHARES

Biasanya lepas kupas kulit buah nanas memang akan dibuang tanpa memikirkan kegunaan yang ada. Tapi lepas ni jangan dibuang kulit nanas tu. Nak tahu kenapa? Sebab kulit buah nanas boleh diperam dan dijadikan sebagai semburan baja untuk membuatkan tanaman lebih lebat dan subur. Cara nak buat pun mudah sahaja, boleh buat sendiri di rumah seperti yang diajar oleh Cikwan Redzuan Jelani di Facebooknya.

Baca juga: Guna Roti Lebihan Buat Baja Homemade, Tanaman Lebih Subur

CARA BUAT SEMBURAN BAJA KULIT NANAS

Isi kita makan, kulit kita recycle. Kulit nanas jangan dibuang ye sedare. Kita buat dia jadi baja organik.

Caranya:

– Letak air hujan/ mineral suku blender

– Kemudian kulit nanas tadi lepas dipotong-potong blend sikit demi sedikit sampai habis.

– Campurkan jus kulit nanas tadi dengan gula merah dan juga yakult sebotol.

* nisbah dia 1:1 sekilo kulit nanas, sekilo gula merah.

– Masukkan dalam bekas bertutup. Saya guna bekas sabun yang dah dicuci bersih je.

– Peram 2 minggu dekat tempat teduh. Buàng gas dia setiap hari. Kalau tak buang dia boleh jadi bomb tau.

– Lepas 2 minggu dah boleh guna dah. Tapis serdak nanas tadi, ambil air dia sahaja dan asingkan. Serdak tadi masukkan semula dalam botol. Peram lagi sampai dia terburai.

– Air baja yang diasingkan tadi boleh la masukkan dalam botol lain. Dah jadi pati baja.

– Nak guna, ambil 10ml pati baja tadi campur dengan 1litre air. Semburlah dekat pokok nanas. Pokok limau, jambu, terung, cili dan sebagainya pun boleh.

– Sembur waktu petang dengan kekerapan 3 hari sekali. Tak sempat, seminggu sekali pun tak apa. Janji ada baja.

Semua buah buahan yang manis boleh recycle untuk jadikan baja buah ye cuma perlukan sedikit kerajinan. Sayang kalau dibuang begitu sahaja.

Sumber: Facebook Cikwan Redzuan Jelani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×