Rakyat

Cara Buat Permohonan Pengeluaran Akaun i-Lestari Melalui Email, Tak Payah Ke KWSP

66
SHARES

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan Bantuan Prihatin Nasional dimana Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mulai 1 April lalu melalui i-Akaun (Ahli). Namun, ada juga dalam kalangan kita yang tidak mempunyai i-Akaun KWSP dan masih tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk membuat pengeluaran wang.

Jangan risau kerana anda masih boleh membuat permohonan melalui email dan tidak perlu bersesak ke pejabat KWSP. Mudah sahaja cara-caranya.

KWSP sediakan Borang Pengeluaran i-Lestari

Macam aku memang langsung tak ada i-akaun. So aku ikut je yang KWSP minta emel sebab malas nak pergi bersesak kat bank buat i-akaun tu. Aku dah emel 5 dokumen yang KWSP minta, so KWSP akan proses macam biasa. So sekarang korang buat steps ni pulak.

Cara-caranya

1.Pertama anda perlu #install 2 apps :

– Adobe Acrobat(utk isi form dgn tulisan bertaip, ni mmg epf yg request, boleh tgk borang yg di attach)

– Adobe Scan ( utk create tanda tangan di borang. Kena turunkan cap jari ATAU tanda tangan. So boleh create tanda tangan guna apps ni)

2. Isi borang and prepare dokumen, ada 2 items kena prepare

– Anda perlu attach sekali:

– IC DEPAN BELAKANG

– BUKU BANK/BANK STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO ACCOUNT BANK ANDA.

3. Save 2 dokumen ni kat dalam google drive dan secara pdf

Bukak borang pengeluaran guna Adobe Acrobat. Pilih Fill & Sign

4. EMAIL KAN SEMUA 1-3 ke [email protected].

Once dah adjust sign, automatik ink kaler akan bertukar ink hitam mcm yg kwsp sarankan ink hitam. Okay done guys.

-i-Lestari boleh dikeluarkan daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

5.AMBIL PELUANG INI JIKA ANDA TIADA EMERGENCY SAVING WALAUPUN BELANJA ANDA CUKUP.

6. Anda dibenarkan membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 dalam tempoh sebulan tetapi hanya 1 pengeluaran sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Guys, yang terkini ni lebih mudah bagi semua pencarum. Cuba faham betul-betul. Borang ni adalah borang untuk keluarkan wang. Maknanya dengan menghantar borang ni melalui emel, korang tak payah tunggu pihak KWSP reply balik. Tunggu duit masuk akaun sahaja. Sebab kat borang ni dah ada dia suruh turunkan cap jari ATAU tanda tangan. So tak payah nak pohon buat i-Akaun. Lepas tu nk kena pohon secara talian dan sebagainya. Kalau korang dah isi borang ni, secara automatik korg dah pohon utk keluarkan wang. Okay settle. Semoga bermanfaat.

Note : KWSP bagitau , boleh abaikan ruangan No Ahli jika telah masukkan maklumat No Kad Pengenalan di dalam borang tersebut. -SAM

Sumber: Alynn Adlina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×