Dapur

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera Yang Ditanam Di Hadapan Rumah Je

474
SHARES

Nata de coco merupakan antara juadah pemanis mulut yang boleh didapati di pasaran. Ada yang datang dalam bentuk jelly dan ada juga yang menggunakan nata de coco dalam minuman manis seperti sirap dan laicikang. Tetapi, tahukah anda bahawa anda boleh buat sendiri sebenarnya nata de coco ini menggunakan pokok aloe vera. Jadi, untuk sesiapa yang ada tanam pokok aloe vera di rumah, boleh juga cuba untuk buat nata de coco homemade. Apa yang bagusnya, aloe vera mempunyai banyak khasiat dan juga boleh menyejukkan badan dalam cuaca panas sebegini.

BUAT NATA DE COCO GUNA ALOE VERA

Resepi ni mak HasimahGhani Ghani yang buat dan ajar, lepastu kita dah boleh buat sendiri dah. Senang dan mudah. Saya nak kongsi bagi yang ada pokok aloe vera tapi selama ni buat hiasan je depan rumah. Selepas ni dah boleh buat untuk minuman sendiri. Dikatakan aloe vera ni mempunyai lebih 75 vitamin dan mineral yg baik untuk badan.

Antara kebaikan aloe vera ni ialah:

1. Merawat isu pernghadaman

2. Menyokong sistem imun

3. Membantu mengawal paras gula dalam darah dll.

MACAM MANA NAK DAPATKAN JELI ALOE VERA

1. Pilih daun aloe vera yang matang (biasanya dah tiada garis-garis putih di bahagian kulit).

2.Selepas dipotong, dirikan/condongkan aloe vera tersebut lebih kurang 30-60 minit untuk mengeluarkan lendir berwarna kuning. Lendir ni yang menyebabkan tekak gatal-gatal.

3. Proses untuk dapatkan jeli sangat mudah, cuma kena berhati-hati sedikit duri dibahagian tepi yg tajam tu. Pertama sekali kena buang bahagian duri kiri dan kanan. Kemudian buang bahagian kulit yg rata(bahagian depan). Selepas itu potong gel tersebut bentuk dadu. Dah langkah terakhir potong kulit bahagian belakang yg sedikit melengkung tu.

4. Masukkan jeli aloe vera dalam tapis dan siramkan air dan biarkan seketika sehingga lendir bewarna putih semua hilang.

5. Rebus dengan air biasa dalam 30-45 minit sehingga jeli aloe vera tadi nampak lembut. Kemudian toskan air nya.

6. Masak sekali lagi dengan gula batu dalam masa 15-20minit. Sy gunakan sepeket gula batu untuk sukatan seperiuk aloe vera. Daun pandan jangan lupa. Biar harum skit baunya.

7. Sejukkan suhu bilik dan simpan dalam peti ais

8. Sedia untuk diminum dengan air kesukaan anda sewaktu siang mahupun malam. Tak perlu tambah lagi gula kerana jeli ni dah manis dah.

Semoga bermanfaat untuk semua. Diizinkan untuk share. Doakan kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari mara bahaya serta penyakit berjangkit ya.

Sumber: Zulfahdli Ateman

Most Popular

To Top