Teknologi

Cara Buat Kuiz Online Guna LiveWorkSheet. Lebih Menarik & Interaktif, Barulah Murid Tak Bosan

65
SHARES
cara buat kuiz online liveworksheet

Musim PKPB ni mesti ramai yang sibuk memikirkan idea kelas online yang lebih menarik.

Ada yang gunakan Zoom, Google Meet bagi kelas LIVE dan bagi latihan pula ada banyak juga cara buat kuiz online yang menarik dan interaktif yang boleh anda cuba.

Apa yang menarik buat kuiz online guna LiveWorkSheet ini ialah sebab ianya lebih interaktif berbanding Google Form yang straightforward di samping dapat memudahkan kerja guru.

Murid pun tentu lebih bersemangat nak menjawabnya.

Jom tengok perkongsian menarik oleh Cikgu Norzai Shahida yang menunjukkan cara buat kuiz online guna LiveWorkSheet.

Simple je!

Cara Buat Kuiz Online Guna LiveWorkSheet

Assalamualaikum, saya nak kongsi cara buat kuiz online guna LiveWorkSheet dan upload dalam Google Classroom.

Liveworksheet ni budak-budak suka buat latihannya sangat interaktif, ada gerak-gerak, murid boleh buat dengan pelbagai cara untuk jawab soalan tu dan terus dapat markah.

Jika buat kuiz guna Google Form, cara murid menjawab mungkin agak terhad dan membosankan mereka.

Jadi di bawah ni saya tunjukkan caranya satu persatu.

1. Daftar / Create Account

Perkara pertama sekali, kita perlu create dahulu account dalam liveworksheet.

Caranya tekan pada “Teacher Access”.

cara buat kuiz online liveworksheet

Register dahulu jika belum ada akaun liveworksheet.

Jika sudah ada terus sahaja masuk.

cara buat kuiz online liveworksheet

2. Create Worksheet

Untuk create worksheets, pilih “Make Interactive Worksheets” dan “Get Started”.

cara buat kuiz online liveworksheet

3. Upload Bahan Latihan

Klik “Choose file” dan cari bahan latihan yang hendak diberikan. Kemudian tekan “Upload”.

Banyak cara yang ditawarkan oleh LiveWorkSheet untuk bagi murid jawab soalan. Boleh tengok dekat contoh.

Yang saya pilih kali ini ialah cara “drag and drop”, iaitu murid boleh tarik jawapan ke dalam kotak jawapan.

cara buat kuiz online

Kemudian tekan ikon “Save” tu.

4. Share

Bila smp sini, ambil pilihan “Yes, i want to share my worksheets with other teachers”.

Sebenarnya boleh juga nak private, tapi hanya diberikan 30 worksheets sahaja.

OK kita lengkapkan butiran selepasnya.

cara buat kuiz online liveworksheet

4. Copy Link

Nampak ada link tu.

Boleh copy siap-siap beri pada group whatsapp kelas jika ada yang tak dapat login Google Classroom.

“Open worksheet” untuk langkah seterusnya.

cara buat kuiz online liveworksheet

5. Masukkan Ke Google Classroom

Bila sampai sini, ambil “Add to Google Classroom” dan login Google Classroom kita.

Pilih kelas yang nak dimasukkan latihan tersebut.

cara buat kuiz online liveworksheet

Pilih “create assignment”

Sampai sini, dah boleh isi maklumat seperti biasa.

cara buat kuiz online liveworksheet

6. Siap

Tadaaa…

Ini contoh latihan LiveWorkSheet “drag and drop”.

Murid hanya tarik sahaja jawapan ke tempat kosong yang disediakan.

Sebenarnya pakai hp lagi senang untuk latihan ni. Sebab mudah dan cepat.

Cikgu buat bagai nak pengsan, tapi diorang jawab bukan main cepat lagi.

Nanti jangan lupa suruh murid screenshot markah dan attach file tu. Atau paling senang suruh dia private comment je markahnya untuk rekod cikgu.

Semoga tutorial ini membantu cikgu menghasilkan pelbagai lagi kuiz online yang menarik untuk murid-murid.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Kuiz Guna Google Form. Simple Sangat, Pakai Handphone Je

Baca juga: Cara Akses Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM Guna Handphone. Cepat & Mudah

*Cara buat kuiz online guna Live Work Sheet ini dikongsikan oleh Cikgu Norzai Shahida menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×