Teknologi

Cara Akses Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM Guna Handphone. Cepat & Mudah

948
SHARES
buku teks online kssr kssm

Cara Akses Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah Melalui Handphone

Dalam keadaan PKPB yang agak mengejut ni, mungkin ada ibu bapa yang tak berkesempatan membawa buku teks anak-anak dari sekolah ke rumah, atau mungkin ada yang pulang ke kampung dan sebagainya kan?

Dengan adanya buku teks digital, ianya sangat memudahkan urusan Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah, terutamanya dengan pengumuman Menteri Pendidikan tentang Home-based Learning.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara untuk mengakses dan mendapatkan buku teks digital menggunakan handphone android yang kami sendiri telah cuba.

Ianya sangat bermanfaat dan bagi kami, ia wajar dikongsikan dengan semua ibu bapa, pelajar, guru-guru dan sesiapa saja yang berkenaan.

Cara Akses Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah

Mulanya saya terfikir nak buka aplikasi buku eTextbookKPM, tapi saya dah cuba daftar dan agak kecewa sebab hanya ada buku teks untuk Darjah 1, Darjah 4 dan Darjah 6 saja. (Anak saya Darjah 2).

Jadi saya cuba search lagi dan akhirnya saya jumpa 2 aplikasi buku teks digital menarik yang sangat lengkap, ringan (tak beratkan handphone), dan amat mudah diakses oleh pengguna, iaitu:

  • MyKSSM – Buku Teks Digital untuk Sekolah Menengah
  • UPSR KSSR – Buku Teks Digital untuk Sekolah Rendah

buku teks digital online 1

Di sini saya share sikit kedua-dua aplikasi yang saya dah download ni.

Cara Dapatkan Buku Teks Digital Sekolah Rendah (Tahun 1 – Tahun 6)

1. Buka Google Playstore / App Store

Mula-mula, buka Google PlayStore (untuk Android) atau Apple App Store (untuk iPhone) dan cari aplikasi UPSR KSSR -Buku Teks Digital Tahun 1-6 (untuk Sekolah Rendah).

Anda akan nampak paparan begini.

2. Install

Tekan butang Install untuk muat turun.

Habis install, tekan Open.

3. Daftar

Daftar menggunakan e-mel Google atau Facebook dan masukkan kata laluan.

Kata laluan ni ikutlah kalau Gmail, password Gmail. Kalau Facebook, password Facebook.

buku teks digital online 1

4. Siap! Dah Boleh Cari Buku Teks Yang Kita Nak

Lepas dah daftar tu, kita bolehlah akses semua buku teks digital Sekolah Rendah ni secara percuma saja.

buku teks online 1

Dari Tahun 1 hingga Tahun 6 semua ada termasuk silibus DLP (dual language program).

buku teks online 1

Bagi saya, interfacenya bagus dan user friendly.

Contohnya saya pilih buku teks Bahasa Melayu Jilid 2 macam di bawah ni.

Saya boleh pilih untuk buka mukasurat yang kita nak dengan mudah, tak payah selak satu-satu sebab ia dah dibahagi ikut bab.

buku teks digital online 1

Paparannya jelas dan mudah dibaca.

buku teks digital online 1

Buku teks DLP pun ada. Ni saya cuba buka yang Science (Dual language program).

buku teks online sekolah menengah

buku teks online sekolah menengah

Mudah kan?

Ok, kalau nak yang Sekolah Menengah punya, guna aplikasi yang lagi satu, My KSSM.

Jom tengok saya share di bawah.

 

Cara Dapatkan Buku Teks Digital Sekolah Menengah

1. Buka Playstore

Untuk Sekolah Menengah, caranya sama juga.

Buka Google PlayStore (untuk Android) atau Apple App Store (untuk iPhone) dan cari aplikasi My KSSM -Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia (untuk Sekolah Menengah).

Anda akan nampak paparan begini.

buku teks online sekolah menengah

2. Install

Tekan butang Install untuk muat turun.

Habis install, tekan Open.

3. Daftar

Daftar menggunakan e-mel Google atau Facebook dan masukkan kata laluan.

Rasanya kalau dah daftar tadi dah tak perlu daftar yang ni.

4. Siap! Dah Boleh Cari Buku Teks Yang Kita Nak

Lepas dah daftar tu, kita bolehlah akses semua buku teks digital Sekolah Menengah ni secara percuma saja.

Boleh pilih ikut buku teks yang kita nak ikut Tingkatan.

Contohnya saya pilih Tingkatan 2.

Saya pilih Geografi.

Dah dapat. Mudah kan?

Untuk Tingkatan 4 pun ada buku teks digital ikut aliran Sastera, Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Gunaan.

Jadi bolehlah dikatakan agak lengkap juga.

Cuma saya tak pasti kenapa tak ada yang Tingkatan 5 punya.

Buku Teks Online Sangat Memudahkan

Bagi saya, aplikasi begini sememangnya amat memudahkan, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik / PKPB yang menekankan home-based learning.

Kita dah tak perlu nak angkut buku teks sekolah anak-anak lagi bila nak balik kampung dan sebagainya.

Nanti bila anak nak rujuk untuk tahun-tahun yang ke belakang pun mudah, memandangkan anak saya dapat pinjaman SPBT dan buku-buku teks tu semua akan dipulangkan setiap hujung tahun.

Saya rasa aplikasi ni baru juga disiapkan, dan kalau tengok dekat info apps ni, ianya dibangunkan oleh sekumpulan guru di SK Sungai Udang, Melaka (versi Sekolah Rendah). Jadi, saya pun lebih yakin nak gunakan dan taklah risau sangat isu kebocoran maklumat ke, aplikasi scam ke, keluar iklan yang bukan-bukan ke, sebab setakat ni guna memang ok sangat.

So, dah tak adalah alasan buku tertinggal kat kampung, buku kena koyak dengan adik atau kucing lagi. Hehe.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda juga!

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Gam Gajah / Super Glue Pada Tangan, Kasut, Baju Dan Plastik

Baca juga: Cara Buat Link Whatsapp Untuk Direct Message. Dah Tak Payah Save & Add Nombor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×