Teknologi

Cara Buat Link Whatsapp Untuk Direct Message. Dah Tak Payah Save & Add Nombor

82
SHARES

Kalau korang perasan, dah ramai kawan-kawan kita atau online seller yang letak link Whatsapp untuk memudahkan kita terus direct message mereka.

Bila kita tekan link tu, terus redirect masuk Whatsapp tanpa perlu kita susah-susah nak save nombor, add dalam list semua.

Memang sangat memudahkan dan dah tentu kita sebagai pembeli pun lagi suka cara yang mudah macam ni.

Bagi yang belum tahu macam mana nak buat link Whatsapp tu, di sini kami kongsikan caranya yang sangat simple.

Yang belum cuba bolehlah cuba.

Yang penting, semuanya FREE, tak perlu bayar apa-apa.

Jom tengok caranya di bawah ni.

Cara Buat Link Whatsapp Untuk Direct Message

Cara Pertama

Untuk cara pertama copy and paste je ayat yang kat bawah ni.

http://www.wasap.my/60124455678

Hanya perlu masukkan nombor telefon kita dekat hujung sekali tu.

NOTA: Jangan lupa masukkan kod nombor 6 dekat awal sekali tu. Kalau tak, link tu tak jadi!

Dan kita juga boleh tambah sikit ayat dekat belakang tu supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita tu.

Caranya, edit nombor telefon dan tambah ayat seperti kat bawah ni.

http://www.wasap.my/60124455678/nakOrderKek

Lepas tu bolehlah kita paste dekat FB atau IG atau mana-manalah yang kita nak buat iklan. Ia akan jadi live link dan mesej tu terus sampai ke kita.

Nak lawa sikit tekan butang pangkah tu.

cara buat link Whatsapp dekat phone

Kalau nak test tengok jadi ke tak, kita try tekan dekat link tu.

Nanti ia akan redirect terus ke Whatsapp kita, macam kat bawah ni.

Cara buat link whatsapp

Kalau nampak gambar profil kita kat atas tu, kira dah jadilah!

Cara Kedua

Untuk cara buat link Whatsapp yang kedua ni, kita boleh letak link tanpa mendedahkan nombor telefon.

Kut-kutlah kita takut letak nombor phone nanti kena call dengan scammer ke apa kan.

So, bolehlah kita guna bitly.com. Laman web ni sebenarnya untuk singkatkan link website.

Nak buatnya senang je dan tak payah daftar pun.

Caranya cuma perlu copy link Whatsapp yang kita dah edit no phone kita tu (Cara Pertama) dan paste dekat ruang yang disediakan.

Lepas tu tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang dah disingkatkan.

 

Contoh link http://www.wasap.my/60124455678 yang saya dah singkatkan tadi dapat macam ni https://bit.ly/2JpxF6z

Kalau ok, kita proceed dan klik ‘COPY’.

Lepas tu paste je dalam iklan kita di FB, IG, Telegram atau mana-manalah nanti.

Siap.

Mudah Kan?

Jadi lepas ni kalau beriklan bolehlah kita mudahkan orang yang beli atau tanya apa-apa melalui Whatsapp tanpa perlu diorang save dan add nombor kita dalam handphone diorang.

Bila customer rasa mudah nak approach kita, diorang pun rasa ringan tangan nak beli produk yang diiklankan.

Yelah, kalau leceh tu kadang-kadang kita skip dulu iklan tu walaupun menarik. Lepas tu skrol lagi… Last-last lupa dan tak jadi beli. Kan dah rugi.

Jadi, kalau korang dah cuba dan berjaya, apa kata kita SHARE cara simple ni supaya lebih ramai dapat manfaat dan dapat memudahkan pembeli.

Terima kasih!

Baca juga: Cara Semak Baki & Keluarkan Duit Tabung Haji Di Mesin ATM (Maybank, CIMB, Bank Rakyat & Bank Islam)

Baca juga: Senang Nak Semak Baki & Transfer Duit. Ini Cara Daftar Akaun Tabung Haji Online Guna THiJARI

Most Popular

To Top
×