Dapur

Cara Buat Jem & Jus Roselle Yang Mudah Dan Sedap. Banyak Khasiatnya Tau

19
SHARES

Pernah tak minum jus roselle?

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus rosa sabdariffa L. ialah sejenis bunga / tanaman dari keluarga bunga raya atau ros. Kalau kita Google, jus roselle ini dikenali dengan nama umum Hibiscus Tea.

Di Malaysia, ia dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan.

Selain buahnya, daun roselle pun sedap dimasak dengan ikan atau belacan sebagai pengganti asam disebabkan rasanya yang masam.

Khasiat Roselle

Cantik dijadikan bunga hiasan, roselle mempunyai khasiat yang tersendiri dan oleh sebab itu ia juga ditanam untuk tujuan kesihatan.

Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah, berkata Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia.

Berikut adalah antara khasiat roselle:

  • Mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat.
  • Mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2.
  • Mengandungi Kalsium, Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Kaya dengan antioksidan
  • Membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh
  • Mengatasi tekanan darah tinggi
  • Mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi cara buat jus roselle dan jem roselle yang sedap dan mudah.

Jom tengok perkongsian oleh Angah Dira ini.

Cara Buat Jus Roselle & Jem Roselle Yang Mudah Dan Sedap

1. Petik

Mula-mula kita petik buah roselle yang telah matang.

Pokok ni saya tanam awal tahun 2020 ni. Sekarang tengah menjadi-jadi dia tumbuh.

Khasiat roselle

Ini yang saya dah petik.

Resepi jus roselle

2. Bersihkan & Buang Biji

Kemudian kita bersihkan dulu dan buang bijinya.

Ini roselle yang telah di buang bijinya. Biji tu tadi jangan buang, boleh keringkan buat biji benih untuk ditanam.

Nanti saya tunjukkan caranya.

Cara buat jus roselle

Cara buat jus roselle

3. Masak

Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air.

Resepi kordial roselle

Masak sehingga mendidih.

Masukkan gula secukup rasa dan kacau hingga sebati.

Cara buat jus roselle

4. Asingkan Dari Hampasnya

Tapis dan ambil jusnya dari periuk tadi.

Resepi jem roselle

Inilah jus roselle yang telah siap.

Cara Buat Jem Roselle

Ok, hampas daripada roselle tadi jangan dibuang sebab kita boleh buat jem tau.

Ini saya kongsikan caranya. Mudah je.

1. Ambil Hampas / Rebusan Roselle

Mula-mula kita ambil hampas roselle yang telah dimasak tadi.

cara buat jem roselle

2. Kisar

Masukkan ke dalam blender.

Tambah sedikit gula ikut yang kita suka.

Cara tanam roselle

Kisar hingga halus.

Resepi jus roselle

3. Masak Atas Api

Bila dah dikisar, masak kejap atas api hingga air kering.

Dah boleh makan jem roselle!

Khasiat roselle

Cara Tanam Pokok Roselle Dari Biji Benih

Oh ya, ini biji roselle yang diasingkan awal-awal tadi.

Kita kena keringkan dulu barulah boleh disemai.

cara tanam pokok roselle

Nanti bila dah kering macam dalam gambar di bawah ni, barulah kita boleh dijadikan biji benih untuk dijual atau ditanam sendiri nanti.

Resepi jus roselle

Baca juga: Cara Tanam Kesum Paling Mudah Guna Keratan Batang. Tak Perlu Tanah & Baja, 2 Minggu Dah Rimbun!

Baca juga: Bungkus Dengan Tisu Lembab, Ini Cara Tanam Kunyit Dan Halia Yang Mudah & Cepat!

Selamat Mencuba!

Mudah kan?

Bolehlah cuba buat dekat rumah nanti. Tak payah dah beli kordial di kedai, dekat rumah pun ada.

Saya minum tadi, alhamdulillah darah tinggi pun ada turun sikit…

Semoga kita dapat memanfaatkan tumbuhan roselle ini bersama-sama.

*Resepi jus roselle dan cara buat jem roselle ini dikongsikan oleh Angah Dira menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top
×