CARA BUAT FOLDER WHATSAPP & TELEGRAM DI HANDPHONE
Memandangkan anak-anak akan meneruskan pelajaran online, medium komunikasi utama yang digunakan antara guru dan ibu bapa pelajar tentulah Whatsapp dan ada juga yang menggunakan Telegram.
Tapi, kalau dah banyak sangat kerja sekolah nak kena cari balik chat tu macam susah pula kan?
Jadi, di sini kami kongsikan sebuah posting Facebook daripada Izyan Alias tentang cara buat folder Whatsapp dan Telegram di handphone.
Senang nak asingkan kerja anak-anak ikut Nama dan Subjek mereka nanti.
Ibu ayah bolehlah cuba!
Cara Buat Folder Whatsapp Di Handphone
Hari ni nak share cara buat Folder Chat di Whatsapp untuk memudahkan pembelajaran online atau PdPR anak-anak.
So senang cikgu dan parents nak manage group chat dan kerja-kerja sekolah anak-anak .
Ini langkahnya:
- Langkah Pertama: Tekan Group sampai keluar tanda ✅
- Langkah Kedua: Tekan tiga titik di bahagian kanan atas tu, tekan Add Chat Shortcut.
- Langkah Ketiga: Nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.
Siap!
(Boleh rujuk gambar di bawah)
Mula-mula tekan dekat Group macam di bawah ni sampai keluar tanda tick hijau ni ✅
Lepas tu tekan Add Chat Shortcut tu
Ini folder yang kita dah buat tadi.
Senang kan?
OK, di bawah ni saya share untuk pengguna Telegram pula ye.
Cara Buat Folder Telegram Di Handphone
Orang lain dah lama buat Folder Telegram, ni baru belajar buat. Senang nak manage group chat.
So bila dah create folder, bila kita tekan tab folder tu, akan keluar group chat yang berkaitan je.
Takde la terlepas pandang mesej dalam group kan. Nak cari apa2 maklumat pun senang.
Senang je nak buat folder Telegram di handphone.
Caranya macam ni:
- Tekan baris 3 bahagian kiri atas Telegram tu.
- Tekan setting
- Tekan folder
- Create new folder
Done!!!!
(Boleh rujuk gambar di bawah)
Nanti bolehlah view macam ni. Senang kan?
Banyak betul dapat ilmu baharu sejak Covid19 melanda ni kan.
Alhamdulillah atas nikmatMu, Ya Allah.
Semoga kita sama-sama dapat memudahkan urusan pembelajaran anak-anak kita.
Selamat mencuba!
*Sumber: Izyan Alias