DIY & Kraf

Cara Buat Arca Kertas Macam Dalam Show TV, Ini Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak

19
SHARES

Hujung minggu anda pasti tak lengkap sekiranya tiada aktiviti bersama keluarga dan anak-anak. Selain keluar beriadah di taman permainan atau pusat beli-belah, ibu bapa boleh cuba buat sendiri arca kertas menggunakan surat khabar lama di rumah.

Mudah sahaja dan hanya menggunakan beberapa bahan penting sahaja. Nak tahu apa? Boleh ikuti perkongsian Puan Yatie Eimra di bawah. Seronoknya!

Baca juga: Api Dapur Gas Makin Kecil? Lelaki Ini Kongsi Cara Api Kembali Besar & Kuat

CARA BUAT ARCA KERTAS MACAM DALAM SHOW TV

Biasanya untuk buat clay atau pes, kertas/surat khabar direndam dalam air hingga lembut dan kemudian dikisar untuk dapatkan tekstur halus. Tapi memandangkan tempoh hari saya nak siapkan kerja rumah yang tertangguh, saya biarkan je budak-budak ni main kertas recycle dan air sambil saya pantau dekat sebelah.  

Aktiviti ini ambil masa 2-3 hari juga nak siap sepenuhnya sebab kena tunggu betul-betul kering kalau nak warnakan. Kalau mak-mak nak cuba buat aktiviti dengan anak cuti sekolah ni, bolehlah cuba. 

Bahan-bahan:  

  • Surat khabar/kertas terpakai
  • Air
  • Gam putih/pva

Cara-cara penyediaan:

1. Koyak-koyakkan kertas dan rendam dalam bekas berisi air.

2. Biarkan kertas lembut sedikit dan ramas hingga hancur.

3. Tumbuk atau kisar untuk dapatkan tekstur yang halus.

4. Perah/tapis sedikit air supaya tidak terlalu cair.

5. Tambahkan gam pva sehingga pes melekat.

6. Bentukkan arca dan jemur di bawah matahari hingga benar-benar kering.

Cara mewarna paper mache clay: 

  • Pewarna (saya guna pewarna jenis acrylic)
  • Gam putih/pva

1. Campurkan sedikit gam dan pewarna. Gaul rata.

2. Pastikan arca benar-benar kering sebelum mewarna untuk elak tertanggal atau bentuk berubah kerana masih lembut.

3. Gam berfungsi membantu menguatkan lekatan pes.

4. Campuran gam dan warna juga lebih mudah dibersihkan atau ditanggalkan jika terkena tangan.

arca kertas

Mudah sahaja nak buat aktiviti dengan anak tersayang. Jom cuba hujung minggu ini. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×