Dapur

Cara Betul Simpan Daun Bawang Supaya Tahan Lama

“Baru je beli daun bawang ni, dah berlendir tak boleh guna..”

Memang stress kalau beli daun bawang tapi tak tahan lama. Mana ada kedai yang jual dengan jumlah yang sedikit kan? Jadi, salah satu cara yang dikongsikan supaya daun bawang lebih tahan lama dan kekal segar adalah dengan cara membekukannya. Macam mana tu? Jom kita cuba.

Daun bawang tahan lama

Dulu-dulu sempat jgk beli daun bawang lima pluh sen..sekarang ni nak jumpa yg jual singgit pun susah..yg biasa jumpa dua hinggit seikat..

Biasa takdan habis guna, daun bawang dah kecut & x elok nak guna dah. Jadi hujung minggu haritu ibu cuba tips daun bawang tahan lama yg rakan fb kongsikan. Tapi ibu inovasikan ckit sbb xde bekas kecik2 & utk jimatkan ruang esbok. Alhamdulillah daun bawang kekal segar bila nak guna tu. Penerangan ada disetiap gambar ye.

1. Hiris daun bawang

2. Isi dalam bekas kiub ais.

3. Isi air (ibu guna air yg sejuk utk cpt beku)

4. Bila dah beku & keras, boleh simpan kiub2 daun bawang tu dalam satu bekas. Bila nak guna, senang amik kiub2 campak je dlm masakan.insha Allah daun bawang masih kekal segar.

Sumber : Naziati Abdullah

Most Popular

To Top