Asuh

Cara Betul Bersihkan Kemaluan Bayi Perempuan, Elak Bakteria!

42
SHARES

Alat kelamin bayi perempuan adalah sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkan bahagian ini. Ramai ibu bapa membersihkan bahagian lampin bayi perempuan dengan hanya menggunakan air dan pad kapas pada beberapa minggu terawal kelahiran bayi.

Jadi, adakah betul cara kita membersihkan kemaluan si manja selama ini?

Baca juga: Bahaya Sapu Bedak Di Muka Bayi, Risiko Jangkitan Paru-Paru!

BETUL TAK CARA ANDA BERSIHKAN KEMALUAN BAYI PEREMPUAN?

Anda boleh juga meletakkan sedikit cecair pembersih bayi yang lembut dalam air untuk membersihkan alat sulit si manja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tisu basah bayi yang bebas alkohol dan bebas pewangi untuk mencuci kemaluan bayi perempuan anda.

Penggunaan cecair pembersih yang lembut yang dibuat khas untuk bayi dapat membantu melindungi penghadang kulit semula jadi si manja ibu. Sebelum menggunakan pembersih cecair ataupun tisu basah pada si manja, periksa dahulu sama ada produk tersebut cukup sensitif dengan cara meletakkannya sedikit pada kulit bayi.

Jika anda menggunakan pembersih cecair, anda perlu memasukkan sedikit cecair tersebut di dalam air dahulu. Jangan terus sapu pada tubuh bayi.

Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan

Semasa menukar lampin, bersihkan dahulu bahagian lampin daripada najis. Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan adalah dengan sentiasa lap alat kemaluan bayi anda dari hadapan ke belakang, jauh dari vagina dan uretra (tempat dia mengeluarkan air kencing).

Dengan cara mengelap dari depan ke belakang juga dapat membantu untuk elak bakteria berpindah dari bahagian punggung ke vagina atau uretra yang boleh mengakibatkan jangkitan. Jika bahagian lampin si manja sangat kotor dengan najisnya yang melekat pada bibir faraj (labia), lakukan cara seperti ini:

1.Bersihkan jari anda dahulu sebelum menyentuh bahagian lampin bayi. Kemudian, barulah bersihkan bibir faraj bayi dengan lembut.

2.Gunakan pad kapas lembap yang bersih atau tisu basah bayi yang bebas pewangi untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi, bermula dari depan ke belakang.

3.Bersihkan setiap sudut pada labianya dengan menggunakan pad kapas ataupun tisu basah bayi.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×