DIY & Kraf

Cara Betul Basuh Cadar & Tuala Putih, Baru Tak Kuning & Kekal Putih!

28
SHARES

Cadar putih sememangnya akan membuatkan bilik kelihatan kemas dan berseri tetapi penjagaan cadar putih agak susah kerana jika salah cara membasuhnya akan menyebabkan kekuningan. Begitu juga dengan tuala putih, perlu cara menggunakan cara betul supaya kekal putih dan tidak kekuningan.

Kalau anda mencari cara betul membasuh cadar dan tuala putih, berikut merupakan cara yang dikongsi oleh Puan Zaza Zalina di laman Facebooknya. Memang putih berseri-seri! Rugi kalau tak cuba.

Baca juga: Cara Senang Baiki Sendiri Cermin Kereta Retak, Hasilnya Macam Di Kedai!

CARA BETUL BASUH CADAR & TUALA PUTIH, BARU TAK KUNING & KEKAL PUTIH

Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.

Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.

Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu. Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.

– Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sdikit.

– Nila jadi cair begini ya tapi airnya tetap kebiru-biruan.

Hasilnya! Cantik putih berseri-seri macam baru dibeli di kedai kan?

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Zaza Zalina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×