Nur

3 Tips Doa Mustajab Ikut Cara Nabi Zakaria Yang Diceritakan Dalam Al-Quran

318
SHARES

Boleh dikatakan hari-hari kita akan berdoa. Bukan saja setiap kali lepas sembahyang, bukan hanya ketika menghadapi musibah, tetapi juga apabila mahu memulakan sesuatu pekerjaan.

Doa adalah harapan, hajat kita terhadap Pencipta. Doa juga adalah senjata umat Islam.

Tapi, tahukah kita cara mendapatkan doa mustajab yang boleh kita amalkan?

Mari ikuti perkongsian Puan Siti Aminah Sulaiman, Pengarah Urusan di Quranic Parenting dan insha Allah seorang ibu kepada bakal hafiz.

Tips Doa Mustajab

Dah lama saya janji nak tulis pasal TIPS Doa dari surah Maryam.

Tapi saya bertangguh sampai dapat ‘peringatan’ berkali-kali dari Allah.

Tak ada alasan lagi.
Maka hari ni saya kongsikan TIPS Doa Mustajab ni.

Saya sendiri telah cuba berdoa guna kaedah ni dan mustajab dengan izin Allah.

Seorang sahabat saya ada berkongsi yang SISTEM BERDOA ni ada 2 cara.
Kita boleh pilih nak ikut cara Al Quran ajar atau berdoa ikut hukum alam.

Jika kita Berdoa ikut Al Quran ajar, maka Allah akan beri Rahmat Dia.

Berdoa ikut hukum Alam ni haram disisi ajaran Islam,

Berdoa ikut hukum alam ni tetap akan dapat tapi akan missed keberkatan..sebab tak ikut guideline Allah beri dalam Quran dan Sunnah .

Sebab tu kita tengok non muslim still dapat apa yang mereka minta, sebab sifat Allah sebagai Ar Rahman memang apply untuk semua mahluk dimuka bumi ni.

Tapi untuk orang yang beriman, Allah ‘extend’kan kasih sayangNya maka Dia bersifat Ar Rahim pada hamba yang beriman.

Sebab sifat Ar Rahim Dia beri apa yang terbaik untuk kita, kadang ditangguhkan apa yang kita minta kerana Dia Al ‘Alim yang tahu keperluan hambaNya.

Terharu kan dengan kasih sayang Allah pada kita?
Moga Allah pilih kita dikalangan hambaNya yang beriman.

3 Tips Doa Mustajab Ikut Cara Nabi Zakaria Yang Diceritakan Dalam Al-Quran

Kenapa saya pilih berdoa ikut cara doa Nabi Zakaria ?

Sebab saya sangat terkesan bila baca ayat 2 Surah Maryam

ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا

“(Ingatkan mereka) tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,”

Dalam ayat ni Allah iktiraf Zakaria a.s sebagai عَبْدَهُ iaitu HambaNya.

Saya kira sebagai satu pengiktirafan tertinggi bila Allah acknowledge kita sebagai HambaNya..Petanda Allah redha dengan cara Nabi Zakariya meminta doa

Nak jadi ‘HambaNya’?

Jom belajar doa cara Nabi Zakaria :

1. Gunakan suara yang lembut

إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

“yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.”

Perkataan نِدَاءً ikut terjemahan ialah suara yang lembut dalam keadaan خَفِيًّا iaitu sunyi..ketika duduk seorang diri

 

2. Sebut KELEMAHAN diri ketika berdoa

Ayat seterusnya Allah rekod Nabi Zakaria mengadu keadaan diri yang serba lemah, rambutnya putih beruban

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا..

Dia berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, ..”

Inilah pengakuan seorang hamba yang berTuhan
Dia mengakui kelemahan fisikal tubuhnya yang memerlukan Allah untuk tunaikan segala permintaan.

Ayat lain Nabi Zakaria menambah lagi :
وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا..

“sedang isteriku seorang yang mandul..”

Nabi Zakaria megukuhkan lagi kelemahan perkahwinan dengan mengakui dihadapan Allah isterinya yang mandul.

Tertarik saya nak kongsikan dari segi linguistik ayat امْرَأَتِي

Allah pilih perkataan yang begitu tepat untuk gambarkan situasi Zakaria a.s ketika tu

Perkataan امْرَأَتِي iaitu biasa digunakan dalam Quran untuk menggambar perkahwinan yang ada masalah.

Contoh dalam Surah Tahrim Allah panggil isteri Nabi Nuh sebagai امۡرَاَتَ نُوۡحٍ kerana isteri Nabi Nuh seorang yang kafir,begitu juga isteri Nabi Lut a.s dipanggil امۡرَاَتَ لُوۡطٍ‌

Bukan perkataan ‘zaujah’ digunakan dalam situasi ni.

Apa yang kita boleh pelajari ialah mengadulah dengan jujur dihadapan Allah..segala masalah kita

Bukan saja-saja Allah rekod kisah doa Nabi Zakaria ni tau,
mesti untuk kita belajar dan amalkan

 

3. Hajat adalah kerana Allah dan Agama

Inilah klimaks dalam kisah doa Nabi Zakaria..

Untuk apa nak dapat anak? untuk apa nak ada duit?
untuk apa nak sihat?

Nabi Zakaria terus mengajar kita cara doa dimakbulkan segera:

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

“Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku,
sedang isteriku adalah seorang yang mandul,
maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, “

Baginda risaukan keadaan kaumnya bila dia meninggal nanti..
Dia risaukan kaumnya sesat bila tiada lagi nabi dikalangan mereka.

Zuriat diminta untuk sambung legasi dakwahnya.

Lalu Allah jawab dengan beri khabar gembira kedatangan soerang anak lelaki bernama Yahya.

Hajat untuk tujuan kebaikkan agama memang cepat Allah jawab dan beri.
Saya sendiri dah pernah cuba, mustajab dengan izin Allah..

Ini formula doa mustajab dari Quran !

tips rumah tangga bahagia

Foto Kredit: muslimmatters.org

Rahmat turun bersama nikmat zuriat

Nabi Zakaria bukan saja dapat anak, tetapi Allah turunkan lengkap dengan pakej lain.

Allah sebut dalam AL Quran Nabi Yahya seorang yang:
+berhikmah dari kecil (وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا)
+lemah lembut حَنَانًا
+taat pada ibu ayah وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَيْهِ

Rujuk ayat 12-14 Surah Maryam untuk lihat ciri-ciri anak soleh yang ada pada Yahya a.s

Inilah RAHMAT Allah yang turun ketika Dia mengabulkan hajat HambaNya

Diminta ialah zuriat, tapi bila Dia berkenan dengan cara kita berdoa ..Dia akan beri lebih..Inilah RAHMAT untuk orang yang beriman.

Kesimpulannya tiada yang lebih baik dari cara berdoa para Nabi yang diajar dalam Quran .

Moga Allah pilih kita sebagai HAMBANYA dan dimasukkan ke dalam syurga nanti..Allahumma Amin .

*kupasan ilmu dari kelas Tafsir Surah Maryam oleh Syeikh Yahya Ibrahim

 

NOTA: Perkongsian asal oleh Puan Siti Aminah Sulaiman ini diterbitkan semula dengan kebenarannya. Untuk maklumat lanjut dan lagi tips-tips menarik, ‘follow’ #quranicparenting atau Facebook beliau di sini: Facebook Siti Aminah Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×