Sihat

Kenapa Ujian RTK-AG Kejap Positif Kejap Negatif? Ini Cara Betul Baca Keputusan

281
SHARES

Berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, ramai dalam kalangan kita yang semakin waspada dan kerap melakukan ujian kendiri menggunakan self-test kit yang dijual di pasaran. Namun, ramai juga dalam kalangan kita yang membangkitkan isu apabila keputusan ujian RTK tersebut agak mengelirukan apabila hasilnya adalah sekejap positif, sekejap negatif pula.

Jadi, ini penjelasan dari pakar sebagai panduan untuk anda semua tentang cara betul membaca keputusan ujian kendiri Covid-19 supaya anda tak ragu-ragu lagi!

Baca juga: Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri Covid-19 Di MySejahtera

KENAPA UJIAN RTK KEJAP POSITIF KEJAP NEGATIF?

Sekarang ni dah menjadi kebiasaan untuk membuat ujian kendiri COVID-19 (self-test) bila nak ke majlis keramaian atau sebagai langkah berjaga-berjaga. Ada kit yang guna air liur dan ada yang ambil sampel di hidung. Tapi, masih ramai yang kurang pasti dalam membaca keputusan test kit tu. Meh saya terangkan.

Di kit ujian tu, garisan akan muncul di Control iaitu ‘C’, dan di Test iaitu ‘T’. Macam ni cara kita baca keputusan:

1.Keputusan POSITIF – Kedua-dua garisan C dan T muncul. Walaupun garisan T tu samar dan tak sepekat garisan C tu, ia masih dikira dan keputusan adalah positif.

2.Keputusan NEGATIF – Hanya garisan C yang muncul. Tiada garisan T.

3.Keputusan TAK SAH – Hanya garisan T sahaja muncul dan tiada garisan C. Atau tiada apa2 garisan langsung. Maka kena buat ujian balik dengan kit baru la.

Keputusan kit tu hendaklah dibaca dalam masa 15-30minit. Kalau lebih 30 minit baru nak baca keputusan, dikhuatiri akan memberi keputusan tak tepat.

Dan selepas buat ujian kendiri ni, sila kemaskini keputusan di aplikasi Mysejahtera walaupun keputusan tu negatif. Memang kita boleh rekod keputusan kita di Mysejahtera.

Apa-apa pun baca arahan penggunaan betul-betul dan belilah Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA. Hati-hati dengan produk palsu. Gunalah bila ada keperluan dan belilah lebih letak di rumah.

Semoga bermanfaat. Jaga diri semua #drizzarshares

Sumber: Dr.Izzar Anwari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×