Didik

Pelajar Sekolah Di Malaysia Kini Boleh Baca Buku Teks Secara Digital, Ini Caranya

2.9K
SHARES

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengumumkan bahawa penggunaan buku teks bagi alam persekolahan bakal digantikan dengan penggunaan buku teks digital bermula tahun 2019. Ini dimana para pelajar dapat menggunakan gajet mereka sendiri untuk mengakses kepada penggunaan buku teks secara digital.

MUDAHNYA DENGAN KPM e-TEXTBOOK READER

Minggu pertama sesi persekolahan tahun 2019 juga telah melihat para pelajar khususnya pelajar sekolah menengah rendah sudah menggunakan aplikasi buku teks digital ini. Mereka boleh memuat turun aplikasi ini yang bernama KPM e-Textbook Reader secara percuma menggunakan gajet mereka sendiri.

Aplikasi yang telah dilancarkan pada tahun 2014 ini bakal diperbaharui dengan kandungan buku teks yang lebih interaktif apabila Kementerian sudah bersetuju untuk menggunakan platform digital ini sebagai salah satu langkah untuk lebih maju di dalam bidang pendidikan Malaysia.

Buat masa sekarang, aplikasi ini sudah siap sedia untuk digunakan di sekolah dan kandungannya bakal lebih berkembang seiring dengan perkembangan masa. Buat guru sekolah dan murid amat digalakkan untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi ini supaya lebih mudah menuntut ilmu.

CARA-CARA UNTUK MENGGUNAKAN KPM e-TEXTBOOK READER

1.Daftar dan log masuk disini

2. Untuk pengguna Android, anda boleh memuat turun aplikasi di sini. Manakala untuk aplikasi iOS boleh memuat turunnya di sini.

3. Isi maklumat peribadi serta maklumat sekolah anda.

4. Cari buku teks yang anda perlukan dan muat turun ke dalam gajet anda.

*Selamat menggunakan aplikasi ini untuk anda dan anak-anak terus mendapatkan informasi dalam buku teks sekolah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×