Rumah

Kenapa Bulu Kucing Gugur? Ini 6 Punca & Cara Mengatasinya

42
SHARES

Bila anda belai kucing, pernah tak perasan kadang-kadang bulu kucing dah tak setebal dulu atau botak pada satu tempat?

Anda juga mungkin dapati bulu kucing semakin banyak gugur bila menyapu lantai.

Kondisi kucing keguguran bulu juga disebut sebagai ‘alopecia’. Ada banyak sebab mengapa kucing anda boleh keguguran bulu dengan ketara.

Jom kita semak punca bulu kucing boleh gugur.

Punca bulu kucing gugur

6 Sebab Kenapa Bulu Kucing Gugur

1. Alahan

Seperti manusia, kucing juga boleh ada alahan pada sesuatu seperti makanan, gigitan serangga, habuk atau ubat.

Kucing yang gatal disebabkan alahan juga biasanya akan lebih kerap menjilat tubuh sehingga boleh menyebabkan botak.

2. Rasa Sakit Pada Satu Tempat

Kadang-kadang, kucing tidak menjilat pada satu tempat kerana gatal. Ia mungkin berasa sakit pada kawasan tersebut.

Contohnya, bagi kucing yang mengalami arthritis, ia akan cenderung untuk menjilat pada bahagian sendi.

Dengan menjilat, ia dapat rasa lebih lega.

Namun, ia tidak menyelesaikan masalah dan menyebabkan bulu lebih banyak gugur pada kawasan tersebut jika dibiarkan.

3. Jangkitan Parasit

Kucing juga lebih kerap menggaru atau menjilat tubuh disebabkan serangan parasit seperti kutu atau hama. Jika dibiarkan, kucing anda mungkin akan terus menggaru sampai kulit luka atau botak pada sesetengah tempat.

Kredit Foto : pinterest.com

4. Kurap

Kucing juga terdedah kepada penyakit kurap atau ‘ringworm’ akibat jangkitan fungus.

‘Ringworm’ juga biasanya datang dari permukaan tanah atau pasir kucing.

Oleh itu, jangan biasakan kucing anda untuk selalu berguling-guling pada permukaan tanah.

Bekas pasir kucing juga perlu dibersihkan selalu bagi elakkan risiko terkena kurap.

Baca juga : 9 Tanda Kucing Sayang Kita, Walaupun Kita Bukan ‘Tuannya’ – Pakar

5. Kucing anda Mengalami Stres

Seperti manusia, kucing juga perlu menguruskan stres dengan baik.

Kucing yang terlalu obses untuk menggaru pada bahagian perut, sisi dan kaki walaupun tiada jangkitan kulit biasanya didiagnos dengan ‘psychogenic alopecia’ .

Jika kucing anda disahkan mengalami stres, doktor mungkin akan menasihatkan anda supaya tukar persekitaran yang baru untuk kucing atau dijauhkan daripada kawasan yang banyak anjing.

Kredit Foto :  catscratching.com

6. Hormon Kucing Tak Seimbang

Penyakit hyperthyroidism menyebabkan hormon kucing tidak seimbang dan merencat perkembangan folikel bulu.

Antara simptom yang ketara bagi penyakit ini ialah kekurangan berat badan dan keguguran bulu.

Kucing yang bunting atau sedang menyusu anak juga mungkin akan mengalami keguguran rambut disebabkan hormonnya yang sedang berubah.

Bagi kes ini, anda tak perlu panik kerana ia adalah normal dan bulu akan tumbuh semula.

Rawatan Alopecia Untuk Si Comel Anda

Walaupun masalah keguguran bulu sering dipandang ringan, ia mungkin menjadi petanda bagi penyakit yang lebih serius.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah bawa kucing anda ke doktor haiwan.

Biasanya doktor haiwan akan menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian bagi mencari punca utama keguguran bulu.

Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sebaiknya berdasarkan punca yang ditemui.

Kredit Foto : vetsource.com

Kita pasti mahukan yang terbaik untuk kucing kita.

Dalam menjaga kesihatan kucing, kita juga perlu rajin periksa jika kucing mula menggaru atau menjilat lebih kerap daripada biasa.

Ia boleh menjadi petanda kepada bermacam-macam masalah kesihatan selain penyakit kulit atau kutu.

Setiap kucing akan keguguran bulu namun jika anda dapati ia gugur lebih banyak daripada biasa, dapatkan nasihat doktor haiwan dengan segera.

Rawatan segera boleh mengelakkan kucing anda untuk keguguran rambut dengan lebih teruk lagi.

Berikut dikongsikan juga beberapa petua yang biasa dilakukan untuk anda cuba.

Petua Atasi Masalah Bulu Kucing Gugur

  • Beri makanan yang berkhasiat, antara yang dicadangkan ialah telur kuning. Boleh campurkan dalam makanan dia. (Diberi mentah)
  • Luangkan lebih masa jika ia disyaki stres. Ajak kucing bermain dengan mainan untuk naikkan semula mood dia.
  • Beri pokok helikopter, biasanya petua ini digunakan apabila kucing sakit, muntah, cirit birit, demam, selesema, dan tak ada selera makan.
  • Boleh cuba suplemen / vitamin untuk bulu gugur. Antara yang popular salmon oil. Seeloknya pastikan tanya dengan vet juga.
  • Jika semuanya tak berkesan, buat lion cut. Nanti bulu yang tumbuh lagi sihat & tak gugur teruk.

Sumber rujukan:

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×