Terapi

9 Tanda Kucing Sayang Kita, Walaupun Kita Bukan ‘Tuannya’ – Pakar

3.2K
SHARES
tanda kucing sayang kita

Apa tanda kucing sayang kita?

Yelah, kadang-kadang tengok kucing tu asyik buat ‘tak tahu’ je dengan kita, kita nak juga tahu sama ada dia sayang ke dekat kita kan?

Ada juga kucing jalanan yang selalu kita jumpa dan beri makan setiap hari walaupun kita bukanlah tuannya.

Sebenarnya memang ada kucing yang jenis suka buat hal sendiri, tak dengar kata dan kadang-kadang degil, tapi ia ada cara tersendiri untuk menunjukkan tanda sayangnya pada kita.

Tak dinafikan lagi bahawa manusia memang mudah sayang pada kucing dan ia sering dijadikan teman di rumah.

Tapi macam mana nak tahu tanda kucing sayang pada kita?

Ini tandanya.

9 Tanda Kucing Sayang Kita, Walaupun Kita Bukan ‘Tuannya’

1. Kucing Mengiau & Membuat Bunyi ‘Purr’

Satu fun fact – kucing hanya akan mengiau dengan manusia (kerana ia bukan bahasa antara kucing). Jadi, ini ialah antara cara yang paling senang untuk tahu yang kucing sayangi kita.

Lagi satu, kucing hanya akan buat bunyi ‘purr’ bila berasa tenang atau gembira contohnya apabila dibelai.

Ini kerana, dalam tekak kucing ada satu motor kecil yang bergetar bila rasa selesa dan senang.

Ada juga yang berpendapat kucing berbunyi ‘purr’ bila rasa tidak selesa namun hal ini cukup jarang berlaku.

2. Berguling-guling

Kalau kanak-kanak boleh mengamuk sampai bergolek-golek dekat tanah, tapi sebaliknya pula dengan kucing. Bila kucing berguling-guling, maksudnya dia suka dengan kehadiran kita.

Ini ialah cara kucing menyambut kita dengan rasa sayang dan mahukan perhatian lebih-lebih lagi bila dia berguling sambil tunjukkan perutnya yang gebu.

Perbuatan menunjukkan perut juga menandakan rasa percaya dan selesa dengan kita.

tanda kucing sayang kita

Foto Kredit: Your Cat Magazine

3. Bergesel Pada Kita

Selain berbunyi manja ‘purr’ , kucing juga menunjukkan rasa sayang dengan bergesel pada seseorang atau tuannya.

Ia juga merupakan cara kucing menandai sesuatu sebagai kepunyaannya iaitu dengan meninggalkan bau pada tuannya bila bergesel.

Kucing juga akan bergesel pada objek atau tempat yang disukainya.

bela kucing

Foto Kredit: catster.com

4. Menolak-nolak lembut

Menolak-nolak lembut pada tuan terutamanya bila dia duduk di riba juga adalah antara cara kucing menunjukkan rasa sayang.

Pergerakan manja ni membawa kucing kepada waktu kecilnya bila dia suka menolak perut ibunya ketika menyusu.

Kucing dewasa akan mengulangi pergerakan ini bila rasa tenang dan disayangi.

5. Memberikan Hadiah ‘Hasil Buruannya’

Kucing yang sayang pada kita akan berkongsi hasil tangkapan seperti tikus mati. Kadang-kadang dia bawa balik kumbang, burung mati, atau apa-apalah yang dia jumpa dan tinggalkan di rumah kita.

Eeeee…. Mesti pernah jumpa benda ni kan?

Sebenarnya ini ialah tanda hadiah daripada kucing dan harapkan pujian daripada kita!

Memang tak boleh dinafikan betapa comelnya kucing ni, tapi kita juga mesti ingat yang kucing masih bergelar pemangsa dan ada naluri untuk memburu.

tanda kucing sayang kita 1

6. Menjilat

Kalau kita selalu nampak kucing suka menjilat-jilat tubuh sendiri atau kucing lain untuk merapikan diri, dia juga akan ‘merapikan’ tuannya sebagai tanda sayang di samping meninggalkan kesan bau pada tubuh kita.

Perbuatan meninggalkan bau ini juga penting untuk kucing mengecam keluarga dan orang yang disayangi.

Ia juga akan membuatkannya rasa tenang, dan sebagai tanda percaya pada tuannya.

tanda kucing sayang kita

7. Ekor Berdiri atau Belitkan Ekor Pada Kita

Bila kucing dekati manusia dengan ekor yang menegak, itu adalah tanda sayang daripadanya.

Sejak dari kecil lagi pergerakan ini dilakukan sebagai caranya menyapa ibu kucing dan menunjukkan rasa hormat. Inilah juga yang akan dilakukan oleh kucing dewasa kepada manusia kegemarannya.

Perbuatan membelitkan ekor pada kita pula boleh diibaratkan seperti berpegangan tangan antara manusia.

Ia menunjukkan kucing rasa cukup selesa dengan kita dan merupakan tanda persahabatan, kasih dan percaya.

8. Kucing Tidur Berdekatan Anda

Secara purata, seekor kucing tidur sehingga 16 jam sehari.

Memandangkan waktu tidur ialah waktu paling mudah diserang, kucing akan mencari tempat tidur yang paling selamat dan boleh dipercayai.

Tiada tanda sayang yang lebih bermakna berbanding kucing yang pilih ‘port’ dekat riba kita untuk tidur.

Ia ialah tanda kucing meletakkan 100% kepercayaan pada kita dan berasa paling selesa dan selamat.

9. Mengedipkan Matanya

Pada manusia, mengedipkan mata adalah antara tanda sedang menggoda seseorang.

Kalau anda perasan, kucing juga sebenarnya mengedipkan mata secara perlahan untuk menunjukkan kepercayaannya kepada kita.

Kucing biasanya tidak akan lama-lama melakukan kontak mata dengan haiwan lain atau manusia.

Tetapi ketika sedang melihat seseorang yang disukai, kucing akan menatap mata orang yang ia suka dalam waktu yang lama.

Selain menatap dalam jangka waktu yang lama, tanda kucing tertarik pada kita juga adalah dengan berkedip secara perlahan.

tanda kucing sayang kita

Kucing Menyayangi Kita Lebih Dari Yang Kita Tahu!

Kucing boleh menunjukkan rasa sayang pada manusia dan tuannya.

Dan, rasa sayang ini dapat ditunjukkan dengan pelbagai cara yang boleh kita ‘baca’.

Kalau dia dah tunjuk sayang tu, kita pun kenalah tunjukkan rasa sayang pada kucing dengan meluangkan masa bersamanya juga ok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×