Sihat

Bukan Sekadar Hujan, Ini Kelebihan Rawatan Air Hujan Anda Perlu Tahu!

72
SHARES

“Lebatnya hujan! Kalau mandi hujan mesti best ni…”

Hujan merupakan satu rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT. Selain meyejukan udara, hujan juga boleh menyuburkan tanaman serta menyihatkan tubuh badan. Sebenarnya air hujan adalah air untuk terapi semulajadi yang Allah kurniakan untuk makhluk ciptaannya.

Oleh itu jika hujan turun, elok jangan masuk rumah dulu. Mandilah air hujan itu dahulu. Anda mahu tahu kenapa? Sila terus membaca.

Baca juga: Takut & Resah Bila Dengar Bunyi Hujan Lebat, Ini 4 Teknik Tenangkan Diri Boleh Cuba

BUKAN SEKADAR AIR HUJAN, INI KELEBIHAN RAWATAN AIR HUJAN

Air hujan adalah sebagai bahan pencuci untuk menyah segala kotoran termasuk gangguan syaitan. Jika kita sakit yang teruk selepas mandi air hujan, kita perlu membuat rawatan susulan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu cara untuk mengesan segala penyakit dalam badan adalah dengan mandi air hujan. Bukan semua orang mandi akan sakit jika mandi air hujan kerana badannya tiada penyakit atau bebas dari gangguan jin.

CARA MANDI AIR HUJAN DENGAN BETUL 

1. NIAT

Niat dalam hati mohon pertolongan daripada Allah tujuan kita mandi air hujan. Sebagai contoh, minta Allah keluarkan penyakit dari badan kita atau menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah. Jadikan air hujan sebagai api dan asid yang membakar jin dalam tubuh kita.

Jika kita mempunyai anak yang degil atau hyperaktif (5 tahun ke atas), niat mohon dilembutkan hatinya agar mendengar kata. mohon hilangkan segala gangguan syaitan.

2. JANGAN TERUS MANDI JIKA HUJAN

Biarlah hujan turun selama sekurang-kurangnya 10 minit, kemudian barulah kita mandi.

3. JANGAN TADAH AIR HUJAN

Untuk tujuan terapi eloklah mandi dengan air hujan yang turun terus dari langit. Ianya tidak terkena pokok, bumbung atau ditahan dengan baldi atau baldi.

4. JANGAN MANDI HUJAN GERIMIS

Mandilah dengan air hujan yang lebat bukan gerimis.

5. CARA MINUM AIR HUJAN

Tadah air hujan terus dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. Ini juga sebagai satu penawar.

6. BACA SURAH DAN AYAT SUCI

Mulakan mandi sambil baca Al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Lagi bagus jika anda mengingati ayat-ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit. Mandi sambil membaca sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit.

7. TANDA ADA GANGGUAN DALAM BADAN

Jika anda merasa sakit di mana-mana bahagian badan, tepuk-tepuk pada bahagian yang terasa sakit itu. Sekiranya ada rasa mual, cuba muntah untuk keluarkan. Jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit atau jin yang mahu keluar.

8. SENTAL BADAN

Sental badan anda seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit, cara ini pun bagus untuk dilakukan.

9. JANGAN TERUS LAP BADAN

Selesai sahaja mandi, jangan lap badan anda kecuali rambut. Biar air di badan kering sendiri.

10. BUKAN HANYA SEKALI

Jika musim hujan, seeloknya lakukan terapi ini selama sekurang-kurangnya 3 hingga 7 hari berturut-turut.

Petua minum air hujan malam jumaat:

Salah satu petua yang digunakan dalam ahlul haq budi untuk mengubati pelbagai penyakit. Khasiat Petua:

  • Penawar penyakit jasmani.
  • Sebagai Penerang hati.
  • Membersihkan segala gangguan bathil dalam tubuh.
  • Penolak segala belenggu.

KAEDAH PENGAMBILAN AIR HUJAN

Ambil bekas yang putih (jernih) dan letak di tempat lapang sebagai tadahan untuk air hujan turun masuk terus kedalam bekas tanpa perlu sebarang tapisan atau halangan. Sebaiknya diambil selepas 10 minit hujan turun.

Air hujan yang sudah ditadah tadi boleh la terus diminum, disimpan dulu selama 24 jam atau dimasak dulu airnya sebelum minum.

Sumber: Facebook Fidz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×