Sihat

Takut & Resah Bila Dengar Bunyi Hujan Lebat, Ini 4 Teknik Tenangkan Diri Boleh Cuba

50
SHARES

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di beberapa buah kawasan dan memusnahkan kemudahan hidup. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu diharungi oleh mangsa banjir demi menyelamatkan diri seperti contoh meredah banjir sehingga paras leher, duduk di atas bumbung rumah dan pelbagai lagi.

Hal ini sudah tentunya memberi impak besar dalam kehidupan mereka dan perasaan takut serta gelisah akan timbul sekiranya mendengar bunyi hujan lebat. Bagi anda yang mengalami masalah ini, ikuti perkongsian Aiman Psikologi di bawah.

Baca juga: Siap Siaga Hadapi Bencana Alam, Ini Alatan Kecemasan Perlu Ada Di Rumah

TAKUT & RESAH BILA DENGAR BUNYI HUJAN LEBAT

Sekarang sudah mula ada kes klien ‘triggered’ apabila terdengar bunyi hujan lebat, rasa takut, resah dan gelisah melampau (dalam kalangan bukan mangsa banjir).  Jaga diri semua. Tiada masalah untuk tutup media sosial seketika dan disconnect dengan berita terkini.

Jika anda mengalami simptom ini, antara yang boleh dibuat sebagai cara mengendali (coping) ialah latihan ketenangan (relaxation exercise).

Saya senaraikan antaranya di sini:

1. PERNAFASAN DALAM (DEEP BREATHING) 

Pernafasan Dalam (Deep Breathing).

  • Tarik nafas dengan hidung
  • Tahan 3-4 saat
  • Hembus dengan mulut (kecilkan bibir macam bersiul)

Kawal pernafasan, dapat kawal emosi.

Contoh melalui video:

2. PERNAFASAN KOTAK/PETAK (BOX/SQUARE BREATHING)

Sama konsep seperti tadi, tetapi lebih berstruktur. Tempoh masa untuk tarik, tahan, hembus dan tahan, sama.

Contoh:

  • Tarik (hidung) 4 saat
  • Tahan 4 saat
  • Hembus (mulut) 4 saat
  • Tahan 4 saat

Video demo:

3. TEKNIK GROUNDING

Iaitu pasakkan diri kita berada masa sekarang, dan tinggalkan keserabutan pada berita isu, fikiran dan sebagainya.

Guna teknik 5-4-3-2-1.

Senaraikan 5 benda kita boleh nampak:

  • 4 boleh dengar
  • 3 boleh sentuh
  • 2 boleh bau
  • 1 boleh rasa

4. PROGRESSIVE MUSCLE RELAXATION

Seperti grounding, tetapi lebih advance dan berguna untuk kendurkan semula otot tegang kerana gelisah (bahu, rahang, perut, atas telinga dan lain-lain.)

Cara: Tegangkan dan kendurkan pada otot tertentu ikut turutan.

Video:

Ada banyak lagi cara lain melalui ritual dan terapi seperti solat, zikir, baca quran, yoga, meditasi, tai chi dan sebagainya. Apa saja cara yang ada, amalkan dan fahami bahawa coping mechanism ini perlu dilakukan dengan kerap untuk menjadi lebih efektif. Kata kunci, pernafasan.

Anda juga boleh semak skala kegelisahan melalui ujian psikologi sahih seperti DASS21, Iaitu ujian skala stres, kemurungan dan kegelisahan. Tetapi, ia saringan ya, bukan diagnosis terus kata ada Anxiety Disorder.

Jaga diri, jaga emosi, jaga pernafasan sewaktu musim bencana alam ini. Trauma juga boleh terjadi kepada pemerhati, tak semestinya kepada mangsa yang melalui. Jika keadaan melarat dan berlarutan, dapatkan bantuan rawatan psikiatris, psikologis klinikal atau kaunselor.

Sumber: Twitter Aiman Psikologi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×