Famili

Bukan Mudah Nak Jaga Kanak-Kanak! Jom Kembangkan Potensi Dalam Diri Anda Di IUMW!

4.4K
SHARES

Anda seorang yang gemar dan suka dengan kanak-kanak. Sebenarnya bukan mudah tau nak jaga kanak-kanak especially dalam dunia yang serba canggih ni. Anda kena lengkapkan diri anda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam usaha untuk mendidik mereka.

IUMW tawar Bidang Pengajian Awal Kanak-Kanak!

Kredit: Shuttershock

Sekarang anda tak perlu risau lagi, anda dah boleh lanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (kepujian) di International University Of Malaya-Wales (IUMW). Bukan calang-calang tau IUMW ni! Universiti yang dapat pengiktirafan antarabangsa ye.

Kredit: mStar.com.my

Ye la! Macam yang anda tahu, proses pembelajaran kanak-kanak bermula sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebab tu dari kecil pendidikan yang diberikan kena la seimbang. Lagi satu, kanak-kanak belajar daripada pengalaman, eksperimen dan teladan. Inilah yang membantu perkembangan otak mereka di usia muda.

Jadi, yang nak mendidik tu kena lengkap berpengetahuan dalam semua hal dan mampu menjadi teladan yang baik, tapi jangan risau IUMW boleh bantu anda.

Bidang Pengajian Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara Pun Ada!

Kredit: Shuttershock

Selain itu, bagi anda yang suka sangat uruskan event dan dalam masa yang sama nak asah lagi kemahiran berkomunikasi dan interaksi dengan orang awam anda boleh ke IUMW  juga. Mereka ada tawarkan Ijazah Sarjana Muda Seni (kepujian) dalam bidang Pengurusan dan Perhubungan Awam.

Dekat IUMW ni anda akan didedahkan dengan pengurusan pelbagai acara seperti konvensyen, konsert, pameran perdagangan, festival, sidang media dan pelbagai lagi.

Kalau anda nak tahu, mengikut Public Relation Society in America,“public relations is a strategic communication process that builds mutually beneficial relationships between organisations and their publics”. Melalui pernyataan diatas jelaslah betapa pentingnya ada kemahiran perhubungan awam ni.

Tambahan pula, semakin lama bidang perhubungan awam dan pengurusan acara ni makin berkembang. Banyak peluang pekerjaan. Rugi kalau anda tak teruskan minat anda nak ceburkan diri dalam bidang ni.

Fasiliti Terbaik! Selesa Nak Study!

Bagi admin sendiri, IUMW memang antara institut pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan bidang pengajian yang menarik dan menepati demand pekerjaan yang diperlukan oleh sektor ekonomi negara. Tambahan pula fasiliti IUMW memang terkini.

Nak buat aktiviti riadah pun mudah!

Suasana nak study pun sangat la selesa dengan dorm yang luas, perpustakaan pun besar, bilik kuliah yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Bab tenaga pengajar pulak mereka memang ada tenaga pengajar tip top. Semuanya terlatih dan mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam bidang mereka.

So, bagi ibu bapa yang anaknya ada minat nak study dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bidang pengurusan dan perhubungan awam, apa kata anda sokong dan beri mereka peluang terokai apa yang mereka suka sebab pekerjaan dalam bidang-bidang ini semakin mendapat permintaan tinggi dari semasa ke semasa.

Jom singgah IUMW Open Day!

Berminat nak lanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bidang pengurusan dan perhubungan awam atau bidang pengajian yang lain? Jom datang dan singgah ke IUMW Open Day pada 23 hingga 25 Ogos ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Untuk info yang lebih detail, anda boleh lawat laman sesawang IUMW di <iumw.edu.my> atau email IUMW di <[email protected]> atau telefon je 03-26173131.

Website: International University Of Malaya-Wales

Facebook: International University Of Malaya-Wales

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×