Didik

Bukan Kerja Si Ibu Saja, Inilah 6 Cara Untuk Si Ayah Bantu Dan ‘Handle’ Anak Sebelum Ke Sekolah

74
SHARES

Sebelum ini, kita asyik bercakap soal ibu sahaja yang menyiapkan anak-anak dalam pelbagai hal kan? Sebelum pergi sekolah, sebelum makan, sampai sebelum tidur pun semua cari si ibu. Tetapi, sebenarnya, si ayah pun ada juga yang memainkan peranan penting untuk membantu si ibu menyelesaikan segala kerja tau. Si ayah pun kalau nampak ibu dah kelam kelabut tak cukup tangan tu, pandai-pandailah membantu betul tak? Macam apa yang dikongsikan oleh Encik Baharuddin Mohamed ini, semoga dapat dijadikan panduan ya!

giphy.com

Cerita Si Ayah…

Anak saya sembilan orang. Tujuh orang bersekolah. Tiap pagi berperang kalau bila nak ke sekolah. Jam 5.30 pagi dah bangun. Tak di suruh tak pergi mandi. Tak di tegur tak gosok baju. Banyak yang hilang waktu pagi. Buku hilang, stokin hilang. Kotak pensel hilang. Saya pun kekadang boleh hilang sabar.

www.facebook.com/photo

Itu belum kira lagi ada yang baru nak siapkan kerja sekolah. Baru beritahu nak kena beli itu dan ini. Baru perasan yang lencana sekolah tanggal dan belum jahit. Semuanya mak…semuanya mak… riuh macam pasar pagi. Itulah ragam anak-anak kadang-kadang menghiburkan.

Tips Ayah Ramai Anak

http://www.huffingtonpost.com/

1. Minta anak-anak siapkan semua beg sekolah dan kerja sekolah mereka sebelum tidur.

2. Jangan tidur lewat

3. Kejutkan mereka dengan kemanjaan, jangan marah-marah pagi-pagi akan kacau mood mereka.

4. Doakan mereka, tengok mata mereka masa hantar mereka ke sekolah. Anak-anak akan mudah dapat ilmu apa yang cikgu ajar disekolah.

www.wereblog.com

5. Maafkan anak-anak kita.

6. Anak yang besar dan remaja, solat berjamaah subuh dan minta dia membaca Al-Quran semuka dua.

Anak kita cerminan diri kita.

leanin.org

* Untuk melahirkan anak-anak bercirikan kelas pertama, maka kita sebagai ibubapa pun perlu menunjukkan teladan yang ‘first class’ juga ya!

Sumber: Baharuddin Mohamed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×