Kebiasaanya bila kita ke pusat beli-belah bersama anak-anak, pasti mata mereka tertarik dengan jajan yang dipamerkan di rak-rak tersebut. Ada yang nak keropok, ada yang nak jus buah-buahan. Tapi sebenarnya, ada satu ‘musuh’ dalam makanan dan minuman yang mereka pilih itu dan tidak bagus untuk kesihatan jika diambil secara berlebihan dan selalu.
Baca juga: Hati-Hati Bila Nak Bagi Anak Makan Timun, Ini Sebabnya…
BUKAN JUS SEMATA-MATA, RUPANYA ADA KANDUNGAN MUSUH UTAMA
High Fructose Corn Syrup (HFCS), musuh dalam selimut anak-anak kita semua. Air jus berperisa, banyak yang datang bukan dari jus buah asli. Pemanis dan perasa tiruan, selalu diguna dalam pembuatan jus buah yang anak kita suka minum.
Bukan setakat dalam jus buah. Cereal koko rangup, bintang madu, empingan jagung, atau apa-apa cereal yang mudah sangat disediakan waktu pagi sebagai sarapan anak.
Air kotak, air yogurt, air kordial dan air bergas, yang sedap sangat diminum tak kira waktu. Gula-gula, candy, lollipop, coklat, semuanya anak-anak suka bila sekali dah cuba. Biskut kosong, biskut berkrim, roti kosong, roti berkrim, semua favourite anak-anak kita.Dan sekarang, pelbagai jenis minuman berperisa di restoran makanan segera pun ada.
Perasan tak mereka bukannya guna gula, tapi hanya guna ‘air gula’ yang ada HFCS. Terlalu banyak penggunaan HFCS terutama dalam makanan ultra-processed. Kadang, kita tak mampu nak elak daripadanya.
Risiko untuk obesiti lebih tinggi berkali ganda dengan HFCS berbanding gula biasa. Kita cuba elakkan sebaiknya dari anak-anak ya.
Dalam gambar, saya kongsikan contoh jus buah yang ada dipasaran. Bukan semua jus buah tu tak elok untuk anak minum. Masih ada yang baik, hanya datang dari buah semata-mata. Kuncinya hanya satu, ibu ayah perlu mula belajar baca label. Belek seluruh pelusuk label yang tertulis di botol.
– Tak overclaim itu itu pun.Itulah satu-satunya bahan yang ada.
– Kalau bahan ramuan macam ni, lulus je untuk minum.
– Yang ini ada gula, ok jugak untuk minum, sebab bahan semua difahami dan tak pelik.
– Tolong sangat taknak bagi anak kita selalu minum air gula dalam kotak macam ni.
Elakkan simpan air kotak di rumah sebagai minuman anak-anak. Air kotak ni, kebanyakkannya ada HFCS yang boleh burukkan kesihatan anak-anak.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan