Industri Teknologi Tenaga Hijau (solar) semakin hari semakin berkembang dan mula dikenali di serata dunia.
Tidak hanya popular di luar negara, penggunaan teknologi hijau juga mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu atau didedahkan dengan potensi kerjaya di dalam bidang ini.
Kalau anda nak tahu, sebenarnya di negara kita ada satu akademi yang memiliki kepakaran dan menawarkan pendidikan khusus dalam bidang teknologi solar.
Akademi Solar SOLS bekalkan kemahiran teknikal dan pensijilan teknologi solar.
Akademi Solar SOLS oleh SOLS Foundation adalah program transformasi setahun yang direka khusus untuk membekalkan kemahiran teknikal dan pensijilan kepada pelajar supaya mereka dapat membina kerjaya dalam industri tenaga solar.
Program ini membuka peluang kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian seperti Orang Asli/Asal dan golongan B40 untuk memperoleh pendapatan yang stabil, sambil menyumbang kepada dunia yang lebih hijau.
Berikut min kongsikan kelebihan menjadi pelajar Akademi Solar SOLS:
1. Latihan Menyeluruh
- Pelajari kemahiran teknikal dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar.
- Dapatkan pensijilan industri yang diiktiraf, memastikan kesiapsiagaan untuk bekerja.
2. Jaminan Penempatan Kerja
- Graduan dijamin mendapat tawaran pekerjaan selepas tamat program.
- Peluang pekerjaan bersama syarikat tenaga solar terkemuka, termasuk SOLS Energy dan Social Empresa.
3. Program Residensi
- Pelajar akan tinggal di lokasi latihan untuk pengalaman yang lebih mendalam.
- Penginapan, makanan, dan kemudahan asas disediakan secara percuma.
4. Bimbingan dan Rangkaian
- Akses kepada sesi bimbingan bersama pemimpin industri.
- Rangkaian alumni yang kukuh untuk menyokong perkembangan kerjaya.
Program singkat, 1 tahun sahaja!
Bukan itu sahaja, struktur program Akademi Solar SOLS juga adalah singkat dan cuma memakan masa selama setahun.
3 Bulan Teori:
Pelajar akan mengikuti pembelajaran di bilik darjah yang merangkumi pengetahuan teknikal, protokol keselamatan, dan asas tenaga solar.
3 Bulan Latihan Praktikal:
Program ini menggabungkan 2 hari di kelas dan 3 hari di tapak untuk memberikan pengalaman langsung dalam pemasangan solar.
6 Bulan Latihan Industri:
Pelajar akan menjalani latihan industri bersama SOLS Energy, salah satu syarikat solar terbesar di Malaysia, untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam projek-projek solar sebenar.
Jom daftar dan sertai Akademi Solar SOLS!
Daftar sekarang untuk peluang menikmati biasiswa 100% untuk 100 pelajar pertama.
Ini merupakan peluang anda untuk mendapatkan latihan percuma di mana semua kos program yang bernilai RM15,000* di tanggung sepenuh oleh SOLS Foundation.
*Terhad kepada 100 pelajar pertama yang diterima pada kemasukan Januari 2025.
Bukan itu sahaja, penginapan & makanan berkhasiat turut disediakan secara percuma.
Selain itu, graduan turut menerima elaun semasa menjalani Latihan Praktikal dan Industri.
Graduan yang berjaya menamatkan pengajian akan mendapat lima sijil kelayakan yang diiktiraf industri dan ini memberi mereka kelebihan untuk bersaing dalam pasaran kerja.
Jadi, jika anda lelaki berusia 18 hingga 30 tahun, boleh membaca, menulis dan mengira serta berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40), jom sertai Akademi Solar SOLS.
Daftar sekarang untuk pengambilan Januari 2025 di https://go.sols.foundation/akademi-solar-sols.
Kongsi peluang ini dengan keluarga dan rakan-rakan yang mungkin berminat.
Untuk maklumat lanjut, hubungi +6011 – 377900298 (Teacher Kiran) atau +6019 – 3324731 (Hamdan).
Akademi Solar SOLS – Menyediakan Masa Depan Cerah dengan Tenaga Solar.