Euforia Bola 2026
Famili

Kemalangan Di Jalan Kuching Ragut Nyawa Kanak-Kanak 5 Tahun, Pemandu BYD Seal Dikesan

budak perempuan

Seorang budak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya bersama bapa terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.44 petang itu, mangsa yang menaiki sebuah Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia.

Baca juga: Nampak Najis Anak Macam Jeli Merah Bercampur Darah? Mak Ayah, Ini Tanda Usus Si Kecil Dah Rosak!

BUDAK PEREMPUAN 5 TAHUN MAUT DIREMPUAH BYD

BUDAK PEREMPUAN

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pergerakan trafik di jalan berkenaan perlahan.

Menurut beliau, kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta BYD Seal.

Impak pelanggaran itu turut membabitkan sebuah motosikal sebelum Perodua Bezza berkenaan berpusing ke lorong kanan dan merempuh tiga lagi kenderaan, iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi.

Kejadian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu sebanyak enam buah.

Dalam kemalangan itu, pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan pada tangan kanan, manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC berusia 33 tahun cedera di bahagian kepala.

Kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sementara itu, tiga individu lain yang memandu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mereka terdiri daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memandu Nissan Almera, serta dua wanita berusia 37 dan 30 tahun yang masing-masing memandu Toyota Alphard dan Perodua Myvi.

BUDAK PEREMPUAN

Pemandu BYD Seal dikesan, kes dalam siasatan polis

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis berjaya mengesan pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang dilaporkan meninggalkan tempat kejadian selepas kemalangan berlaku.

Mohd. Zamzuri memaklumkan bahawa lelaki berkenaan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara selepas mengalami kecederaan gegaran otak.

Pemandu itu masih berada dalam pemantauan pegawai penyiasat bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee menerusi talian 03-2071 9999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang ramai amat penting bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan dan mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kemalangan tersebut.

Baca juga: “Ceteknya Ilmu Kita..”- Tular Dr Zulkifli Tadah Tangan Terbalik Ketika Berdoa Di Majlis Nikah, Ada Maksud Sebenar!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×