Euforia Bola 2026
Famili

Cemburu Teman Wanita Jumpa Lelaki Lain, Remaja 19 Tahun Disyaki Cekik Kekasih Hingga M*ut

PERASAAN CEMBURU

Perasaan cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 19 tahun disyaki mencekik kekasihnya hingga meninggal dunia di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih 2, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mengesahkan kematian berpunca daripada jerutan pada leher sehingga menyebabkan mangsa mengalami kekurangan oksigen.

Baca juga: 41,745 Kanak-Kanak Pelarian Tak Dapat Pendidikan Formal, Teresa Kok Gesa Kerajaan Ambil Tindakan

PERASAAN CEMBURU PUNCA PELAJAR WANITA DICEKIK

PERASAAN CEMBURU

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak demikian selepas berasa tidak puas hati kerana mangsa berjumpa dengan lelaki lain.

“Siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu antara pasangan kekasih itu kerana suspek tidak berpuas hati mangsa berjumpa lelaki lain.

“Suspek sendiri yang menghubungi pihak polis dan memaklumkan dia sudah mengambil tindakan mencekik mangsa,” jelasnya.

Azry Akmar berkata, suspek yang berasal dari Perak dipercayai tiba di rumah sewa mangsa kira-kira seminggu sebelum kejadian dan tinggal bersama wanita berkenaan.

Mangsa yang juga berusia 19 tahun dan berasal dari Kedah pula menyewa rumah tersebut bersama beberapa rakannya yang merupakan pelajar.

Menurut beliau, suspek pernah mengikuti pengajian bersama mangsa sebelum diberhentikan daripada pengajian dan tidak mempunyai pekerjaan ketika ini.

Pemeriksaan air kencing negatif

PERASAAN CEMBURU

Pemeriksaan air kencing terhadap suspek turut menunjukkan keputusan negatif, manakala keadaan mentalnya setakat ini dilaporkan normal.

Suspek kini ditahan reman sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan lanjut. Mayat mangsa telah dituntut ahli keluarga sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.32 pagi semalam, polis menerima panggilan kecemasan daripada suspek yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil di bilik sewa tersebut. Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca juga: Tewaskan 71 SBP Lain! Sekolah Sultan Alam Shah Dinobatkan ‘SBP Terbaik Keseluruhan 2025’

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×