Didik

41,745 Kanak-Kanak Pelarian Tak Dapat Pendidikan Formal, Teresa Kok Gesa Kerajaan Ambil Tindakan

PENDIDIKAN FORMAL

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, berdasarkan data UNHCR, seramai 214,079 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia, dengan kira-kira 31 peratus atau 64,224 orang daripadanya merupakan kanak-kanak. Daripada jumlah itu, kira-kira 65 peratus kanak-kanak pelarian tidak mendapat pendidikan formal, bersamaan 41,745 orang.

Baca juga: Bukan Sekadar Raikan Hari Bahagia, Bella Astillah & Syed Saddiq Sumbang Bahan Asas RM300,000

41,745 KANAK-KANAK PELARIAN TAK DAPAT PENDIDIKAN FORMAL

PENDIDIKAN FORMAL

Teresa berkata, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan perlu mengambil perhatian terhadap cadangan UNHCR untuk menyemak semula peraturan berkaitan pusat pembelajaran alternatif.

“Saya menyokong penuh cadangan UNHCR ini. Saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah yang sewajarnya supaya negara kita tidak akan wujud sekumpulan orang muda yang tiada status kewarganegaraan dibesarkan di negara kita yang buta huruf.

“Kita akan menghadapi masalah yang lebih besar kalau golongan ini berada di negara kita pada masa depan,” katanya,

Dalam pada itu, Teresa turut menyokong cadangan UNHCR supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian akses pendidikan formal kepada kanak-kanak pelarian serta membenarkan pelarian bekerja secara sah.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan terbentuknya generasi muda yang membesar tanpa status dan pendidikan yang sewajarnya.

Pada masa sama, Teresa meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai perkembangan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), termasuk cadangan pindaan terhadap peraturan imigresen berkaitan dokumen berkenaan.

Beliau berkata, proses pengesahan identiti dan penentuan status pelarian juga perlu dilaksanakan secara telus serta mempunyai mekanisme yang membolehkan proses berkenaan diaudit.

Teresa turut membangkitkan isu hampir 20,000 individu yang kini ditempatkan di depoh imigresen, termasuk kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menempatkan mereka.

PENDIDIKAN FORMAL

Pelarian berpotensi isi kekurangan tenaga kerja

Sementara itu, Teresa berpandangan pelarian yang memenuhi syarat wajar dipertimbangkan sebagai salah satu sumber tenaga kerja, khususnya dalam sektor yang berdepan kekurangan pekerja.

Beliau turut menggesa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memastikan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang dibenarkan kepada pelarian disampaikan dengan jelas kepada golongan berkenaan dan pihak majikan.

Menurutnya, penyampaian maklumat yang jelas penting bagi memastikan pelarian serta majikan memahami peluang dan ketetapan yang dibenarkan kerajaan.

Baca juga: Bergaduh Dengan Teman Lelaki, Pelajar Perempuan 19 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Bilik

Sumber: Free Malaysia Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×