Kini Trending

Budak Lelaki 8 Tahun Terselamat Dari Gigitan Jerung Selepas Menumbuknya

202
SHARES

Satu kejadian di Pulau Phuket, Selatan Thailand hampir meragut nyawa seorang budak lelaki berusia lapan tahun, yang terselamat daripada serangan jerung selepas menumbuk haiwan pemangsa itu di mukanya.

Baca juga: Bergurau Nak Jadi Mayat, Lelaki Tertimbus Tanah Dalam Liang Lahad

BUDAK LELAKI 8 TAHUN TERSELAMAT DARI GIGITAN JERUNG SELEPAS MENUMBUKNYA

Gambar – ViralPress

Sewaktu kejadian, Napat Chaiyarak Christenko sedang berenang di laut bersama bapanya sebelum makhluk itu tiba-tiba datang menerkam.

Napat mula menjerit kesakitan sebelum cuba menendang jerung ganas itu. Dia kemudian bertindak menyelam ke bawah air dan memukulnya di kepala, ujar dia kepada pihak polis di daerah Kamala.

Ibu bapa Napat yang terkejut dan ketakutan, lalu bertindak mengheret anaknya keluar dari laut. Darah memancut keluar daripada betis kanannya.

Paramedik bergegas ke tempat kejadian dan melakukan pertolongan cemas sebelum membawa Napat ke Hospital Bangkok di Phuket untuk rawatan.

Napat kelihatan tenang semasa dalam perjalanan menaiki ambulans dan memberitahu doktor bahawa ia adalah kecederaan paling menyakitkan yang pernah dirasakan.

“Sewaktu berenang tiba-tiba saya berasa satu kesakitan di kaki dan apabila melihat ke bawah, kelihatan ikan jerung sedang menggigit kaki saya. Ianya merupakan kecederaan paling menyakitkan pernah saya alami. Saya melepaskan tumbukan di muka jerung itu supaya gigitannya dilepaskan,” ujar kanak-kanak itu.

Gambar – ViralPress

Beberapa pakar marin yang memeriksa luka itu, mengesyaki Napat telah digigit sama ada spesis jerung terumbu blacktip atau jerung lembu yang sering ditemui di Laut Andaman.

Mereka percaya air keruh telah mengaburkan penglihatan jerung itu menyebabkan ia tersalah anggap kaki budak itu sebagai ikan atau sejenis haiwan dalam laut lain yang biasa diburunya.

Pengarah Pusat Biologi Marin Phuket, Dr. Kongkiat Kittiwattanawong berkata, serangan ganas itu mungkin berlaku kerana sedang dalam musim mengawan.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×