Rakyat

Budak 11 Tahun Terselamat Dari Tanah Runtuh Selepas Lompat Masuk Dalam Peti Sejuk Rosak

249
SHARES

Baru-baru ini, tindakan pantas seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang melompat masuk ke dalam peti sejuk rosak telah menyelamatkan dirinya daripada kejadian tanah runtuh di Filipina.

Baca juga: Penduduk Kampung Kena Usung Jenazah Sejauh 7KM Kerana Tiada Kemudahan Jalan Raya

BUDAK 11 TAHUN TERSELAMAT DARI TANAH RUNTUH SELEPAS LOMPAT MASUK DALAM PETI SEJUK ROSAK

Gambar – MetroUK/ViralPress

Memetik laman berita Metro UK, sebuah rakaman memaparkan CJ Jasme ditarik ke tempat selamat selepas semalaman dia terperangkap di dalam peti sejuk yang rosak di dalam lumpur tebal.

Melihat kepada video yang tular, keadaan peti sejuk itu tidak berpintu ketika mangsa ditemui.

Digelar sebagai ‘Boy in the Ref’ oleh penduduk tempatan, CJ berada di rumah bersama keluarganya apabila banjir lumpur yang dicetuskan oleh Ribut Tropika Megi melanda kampung mereka di Baybay City pada Jumaat lalu.

Ketika kejadian tanah basah dan batu melanda rumah mereka, anak lelaki itu masuk ke dalam peti sejuk dan berada di situ selama 20 jam berikutnya.

Pegawai polis Jonas Etis melihat budak lelaki itu berlari ke sungai apabila dia mendengar gelombang batu datang lagi.

MANGSA MENGALAMI PATAH KAKI & NASIB KELUARGANYA PULA TIDAK BEGITU BAIK

Gambar – MetroUK/ViralPress

Kemudian, pengawal pantai tiba di tempat kejadian dan membantu menarik peti sejuk berkenaan. Susulan kejadian itu, kakinya patah tetapi dia masih sedarkan diri yang merupakan satu keajaiban.

Namun, nasib tidak begitu baik pula menimpa seluruh keluarga CJ. Adik lelakinya yang berusia 13 tahun kemungkinan telah berjaya melarikan diri, tetapi ibu dan seorang lagi adiknya masih lagi hilang dan tidak diketahui statusnya.

Lebih memilukan, sehari sebelum kejadian itu, satu lagi tanah runtuh telah melanda kawasan penempatan di bahagian kaki gunung berkenaan yang membunuh ayah CJ.

Anak muda itu adalah di antara berpuluh-puluh kanak-kanak yang telah menjadi yatim piatu selepas kejadian Ribut Tropika Megi, yang dikenali sebagai Ribut Tropika Agaton di Filipina.

Sumber: Metro UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×