Rakyat

Penduduk Kampung Kena Usung Jenazah Sejauh 7KM Kerana Tiada Kemudahan Jalan Raya

16
SHARES

Memetik laporan Utusan Malaysia, Penduduk Kampung Wailamung di Talibura terpaksa mengusung keranda sejauh tujuh kilometer (km) kerana tiada kemudahan jalan raya yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan terbabit.

Baca juga: Digelar ‘Tarzan Of Karachi’, Lelaki Habiskan 8 Tahun Tinggal Di Atas Pokok

PENDUDUK KAMPUNG KENA USUNG JENAZAH SEJAUH 7KM KERANA TIADA KEMUDAHAN JALAN RAYA

Gambar – Utusan Malaysia/Media Sosial

Memetik daripada berita Kompas.com, Ketua kampung itu, Markus Muksim berkata, insiden itu bukan perkara baharu di kampung ini kerana sudah berulang kali berlaku.

Dia mengulas lanjut, kejadian serupa pernah berlaku melibatkan seorang wanita yang ingin melahirkan anak. Malah, pihaknya juga agak sukar untuk mendapatkan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa wanita itu ke fasiliti kesihatan.

“Kami terpaksa bekerja keras mencari lori sampah bagi menyelamatkan orang ramai yang ingin melahirkan anak atau sakit.” 

Sebelum ini, tular video menunjukkan penduduk kampung membawa keranda jenazah ke Kampung Klatang Kajowain yang terletak sejauh tujuh kilometer. Jenazah itu asalnya dihantar menggunakan ambulans sebelum terjatuh ke dalam lubang.

Markus berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada pihak PBT untuk membina jalan sejak 2018.

“Tahun ini juga kita buat permohonan sekali lagi. Namun, Agensi Perancangan Pembangunan Wilayah memaklumkan cadangan itu tidak termasuk dalam sistem perancangan pihaknya,” katanya.

Markus berharap Kerajaan Sikka dapat memberi keutamaan mengenai peruntukan perbelanjaan membina jalan di kawasan perkampungan.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×