Famili

Buaya ‘Muncul’ Di Tasik Shah Alam Seksyen 7, Orang Awam Diminta Hati-Hati

5
SHARES
BUAYA LIAR

Tular di media sosial mengenai kemunculan seekor buaya liar di Tasik Shah Alam, Seksyen 7. Majlis Bandaraya Shah Alam, melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perhilitan mengambil maklum akan perkara ini dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azhar Sharif berkata, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA dan Perhilitan Selangor telah sekali lagi memantau kawasan tasik dan mendapati buaya tersebut masih ada.

Baca juga: 15 Tempat Menarik Di Indonesia, Tak Jemu Mata Lihat Keindahan Alam Semula Jadi

BUAYA LIAR DI TASIK SHAH ALAM, ORANG AWAM BERHATI-HATI

BUAYA LIAR

Jelasnya, buaya liar tersebut bekemungkinan tersesat semasa hujan lebat dan banjir kilat baru-baru ini. Beliau juga turut memaklumkan bahawa telah memasang pita keselamatan di sekitar tebing tasing.

“Berkemungkinan buaya tersebut sesat semasa hujan lebat dan banjir kilat baru-baru ini. Kita telah memasang pita keselamatan di sekitar tebing tasik. Jadi, sebelum arahan penutupan rasmi diumumkan MBSA adalah dinasihatkan orang ramai menjauhi tebing tasik,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, Perhilitan akan mengambil tindakan dengan memasang umpan bagi menangkap buaya tersebut.

Sebelum ini, sudah pernah berlaku kes buaya tembaga sesat sepanjang 0.6 meter ditemui di pam air tasik tersebut pada tahun 2019.

Jadi, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan kekal berada pada jarak yang selamat ketika beriadah di kawasan terbabit.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Baca juga: “Untung Sangat…” – Atuk Buat Kereta Api Untuk Cucu Main Di Kampung, Kreatifnya!

Sumber: Kosmo! Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×