Sihat

Buat ‘Coffee Lover’, Pakar Kongsi Banyak Sangat Minum Kopi Boleh Memudaratkan Wanita!

45
SHARES
bahaya kopi kepada wanita

Tidak dapat dinafikan ramai dewasa sekarang yang gilakan kopi. Mana tidaknya, untuk menghadapi hari-hari  sibuk bekerja, kita memerlukan sesuatu yang boleh menghilangkan stres di samping ianya dapat menjadi agen untuk tidak tidur.

Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa golongan wanita tidak digalakkan sangat minum kopi kerana pengambilan yang berlebihan akan membawa kemudaratan? Tapi sebenarnya, kenyataan tersebut memang ada kebenarannya seperti yang didedahkan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui satu hantaran di Facebooknya.

Baca juga: Petua Tanam Daun Pandan Dalam Pasu, Confirm Subur Merimbun!

5 KESAN MINUM KOPI BERLEBIHAN KEPADA WANITA

How to tap into the health benefits of coffee

Tidak kisahlah kopi apa pun – black, latte, cappuccino, americano, espresso, macchiato atau mocha, yang penting jangan berlebihan. Sesuatu yang diambil secara berlebihan, tidak kiralah apa-apa, ianya akan membawa mudarat.

Melihat dari sudut perubatan, terdapat 5 kesan buruk jika kopi diambil secara berlebihan oleh wanita. Berikut adalah kesan-kesan buruk tersebut. Hati-hati golongan wanita semua!

1. Menyebabkan rasa panik dan cemas

Are Anxiety Attacks and Panic Attacks the Same Thing? – Cleveland Clinic

Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi. Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ini. Selain itu ia menyebabkan rasa cemas, panik dan mudah ‘naik angin’ walaupun berhadapan dengan masalah kecil.

2. Mengganggu fungsi kognitif

Fungsi Kognitif pada Manusia Halaman all - Kompas.com

Kopi yang diminum dalam jumlah yang sederhana pada sesetengah orang akan meningkatkan semangat dan fokus untuk bekerja. Namun, bagi sesetengah wanita yang lain ia boleh menjejaskan kebolehan untuk berfikir dengan baik (kognitif).

3. Menyebabkan wanita sukar hamil

When is the best time to take pregnancy test? | Ohio State Health & Discovery

Belum ada kajian yang terperinci bagaimana kopi (atau bahan kafein) mengganggu kesuburan wanita. Namun banyak kes yang dilaporkan bagaimana pengambilan kopi yang berlebihan mengganggu kesuburan wanita. Berkemungkinan besar kafein yang berlebihan mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh wanita.

4. Menyebabkan kereputan tulang

8 Common Disorders That Affect the Bones and Joints - Blogs - Makati Medical Center

Kereputan tulang adalah suatu perkara yang biasa berlaku pada wanita yang sudah mengalami menopause. Namun pengambilan kopi yang berlebihan akan menyebabkan proses kereputan tulang ini akan berlaku dengan lebih cepat. Ini kerana kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang.

5. Boleh menyebabkan gugur ketika hamil

Hindari Munculnya Tanda-tanda Keguguran Hamil 2 Bulan, Kenali Penyebab Keguguran di Trimester 1 - Semua Halaman - Nakita

Wanita yang sedang hamil tidak dianjurkan untuk meminum kopi berlebihan, terutama bagi mereka yang pernah keguguran. Dos kafein yang dibenarkan hanyalah 200 mg. Belum ada kajian yang mendalam, namun lebih baik mengelakkan kopi sebelum keguguran berlaku. Boleh gantikan pengambilan dengan kopi tanpa kafein (decaf).

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×