Rumah

Petua Tanam Daun Pandan Dalam Pasu, Confirm Subur Merimbun!

108
SHARES
tips nak suburkan daun pandan

Pandan memang merupakan antara bahan yang wajib dalam masakan orang Melayu. Ianya menjadi bahan pewangi dalam masakan di samping menyedapkan lagi rasa makanan yang dimasak seperti kuih muih dan juga manisan. Malah ada juga yang menjadikan tumbuhan ini sebagai pewangi ruangan dek kerana baunya yang harum.

Anda ada tanam di dalam pasu dan menghadapi masalah pokok yang tidak besar merimbun dan berdaun halus? Menerusi perkongsian di Facebook, saudari Jue Jerry ada menerangkan cara-cara untuk menggemukkan pokok pandan di dalam pasu.

Baca juga: Ini Jenis-Jenis Najis Bayi Dari Normal Hingga Tak Normal Yang Mama Papa Kena Tahu

PETUA SUBURKAN DAUN PANDAN DALAM PASU

Bermacam jenis baja diletak, tapi tetap tidak subur. Jika ada laman yang luas, tiada masalah untuk menanam pokok ini terus di atas tanah namun bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad atau tinggal di apartment, tentunya pernah berhadapan dengan masalah ini. Antara cara nak suburkan daun pandan dalam pasu bunga adalah dengan:

1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2 pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.

2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.

3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Jue Jerry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×