40 Minggu

Kenapa ‘Hantu Kopi’ Perlu Hadkan Pengambilan Kafein Ketika Hamil? Ini Jawapan Pakar

53
SHARES

“Stresnya nak setelkan kertas kerja ni. Bestnya kalau dapat minum kopi, leganya rasa. Tapi, orang kata kopi tak bagus untuk orang mengandung. Takut ada kesan pada ‘baby’ dalam perut. Alahai, mengidam sangat dah nak minum kopi ni!”

Bila stres, minum kopi memang melegakan. Rasa semua tekanan bagai berlalu pergi.

Namun, wanita hamil biasanya berada dalam dilema sama ada boleh minum kopi atau tidak sewaktu hamil kerana takut ada kesan sampingan pada bayi.

Tapi, macam tak percaya minuman kegemaran ramai ini ada kesan yang mampu menjejaskan kandungan, kan?

BOLEH KE ORANG MENGANDUNG MINUM KAFEIN?

Jadi, boleh atau tidak wanita hamil minum kopi? Apakah yang ada dalam kopi ini hingga menyebabkan ramai wanita teragak-agak untuk meminumnya semasa mengandung?

Tahukah anda, kopi sebenarnya mengandungi DUA kompaun yang menjadi toksin pada bayi iaitu:

1. KAFEIN

Boleh menyebabkan ‘cardiovascular toxicity’ pada bayi. Keadaan ini adalah di mana terjadinya kerosakan pada sel-sel jantung disebabkan oleh bahan kimia yang merbahaya.

2. POLYPHENOLS

Mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan ke dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi dan menurunkan kualiti darah. Lalu, ia boleh menyebabkan berlakunya anemia.

KESAN YANG BOLEH BERLAKU KALAU TERLALU BANYAK MINUM KOPI SEMASA HAMIL

Menurut kajian, kopi boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada bayi apabila diambil dengan terlalu kerap.

1. KEGUGURAN

Pengambilan kopi yang banyak boleh menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan

2. TERJEJAS TUMBESARAN

Saiz bayi terjejas di mana ia menjadi kecil meskipun sudah di peringkat akhir kehamilan kerana pengambilan kafein yang terlalu tinggi. Bayi tidak cukup berat.

3. ANEMIA

Terlalu banyak ambil kafein boleh menyebabkan anemia yang boleh memberi banyak komplikasi sepanjang kehamilan

*Para ibu yang mengandung diminta supaya lebih peka dengan pengambilan makanan ya!

Sumber : Dr. Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×