Tidak dinafikan, dengan peredaran zaman sekarang ramai dalam kalangan kita yang menghadapi tekanan atau stres dengan pelbagai perkara. Bukan sahaja mengenai kerja, malah perjalanan kehidupan seharian pun boleh mendatangkan stres kepada diri sendiri sama ada sedar atau tidak. Tetapi, ada juga dalam kalangan ramai yang bertanya adakah boleh stres menjadi punca mendapat serangan jantung? Ini jawapan dari pakar…
Baca juga: Tiba-Tiba Sakit Kepala & Sawan, Suami Sebak Ketika Isteri ‘Pergi’ Ketika Hamil 8 Bulan
Boleh ke stress sangat sampai kena serangan sakit jantung?
Ini kes yang saya buat pukul 1 pagi semalam. Lelaki berumur 40-an datang lewat malam dengan rasa loya dan pening. Tekanan darah beliau ketika sampai di hospital hanya 70 mmHg sahaja. Ujian pertama iaitu ECG beliau menunjukkan serangan sakit jantung yang serius.
Saya bawa dia segera ke angiogram. Pergh… Salur darah sebelah kanan, “right coronary” atau RCA dia tersumbat solid 100% dengan darah beku..
Kita masukkan alat dipanggil “thrombus aspiration catheter” untuk menyedut darah beku ni..
Alhamdulillah lepas dua tiga kali alat ni pengaliran darah dia lancar balik. Saya kemudian masukkan belon dan stent untuk mengekalkan saluran darah ni terbuka besar agar darah boleh terus lancar.
PESAKIT TAK MEROKOK, TIADA KENCING MANIS, TIADA DARAH TINGGI
Pesakit ini tidak merokok, tiada kencing manis, tiada tekanan darah tinggi yang berlebihan dan tahap kolesterol beliau takde lah tinggi sangat. Tapi kerja dia sebagai bos besar sangat stress….
Ini kot yang menyebabkan serangan sakit jantung dia. Saya dah jumpa banyak pesakit muda yang kerja terlampau stress, tak cukup berehat, tak cukup tidur yang kena serangan sakit jantung pada usia yang muda.
Kesimpulannya? Pastikan cukup rehat, cukup tidur, jangan stress sangat, kalau bos suruh masuk meeting WFH bertubi-tubi, tegur dia sikit.
Sumber: Dr. Muhammad Imran