Famili

Bil Elektrik Naik 2 Kali Ganda? Salah Siapa? Ini Punca Kenapa Ada Segelintir Bil Elektrik Melambung Tinggi!

350
SHARES

Apa! Ramai orang terkejut bil elektrik naik melambung? Apa dah jadi sebenarnya ni?

Baru-baru ni kita dapat lihat ramai warganet tengah merungut bila bil elektrik lebih tinggi berbanding pada bulan-bulan sebelumnya betul tak? Hal ini dapat dilihat menerusi posting di media sosial.

Kita semua tahu yang Negara kita tengah berdepan dengan cuaca panas (Fenomena El Nino) dari bulan April dan dijangka berterusan sehingga awal tahun 2024.

Faktor ini merupakan antara punca kepada peningkatan penggunaan elektrik tanpa kita sedari.

Jom min kongsikan sikit lah kenapa bil elektrik tiba-tiba tinggi dan macam mana kita boleh berjimat juga tau!

Faktor yang anda perlu tahu!

Gelombang cuaca panas di Malaysia pada hari ini, sememangnya memberi kesan kepada orang ramai sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan bil elektrik.

Bila dah musim panas ni sah-sah lah kita semua terpaksa menggunakan kipas atau penyaman udara dengan lebih kerap untuk meredakan bahang panas betul tak?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga dah mengeluarkan amaran gelombang haba yang dijangka meningkat sehingga 37 darjah celsius. Memang panas ya!

Untuk pengetahuan anda peralatan elektrik yang mempunyai fungsi ini macam peti sejuk dan alat penyaman udara pun memang menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu yang sepatutnya.

Jadi jangan lah kerap-kerap sangat buka tutup peti sejuk tau. Hehehe!

Penggunaan penyaman udara lebih kerap pun menyumbang kepada peningkatan kepada bil elektrik sebenarnya tau.

Min percaya musim-musim panas ni mesti ramai yang menggunakan penyaman udara dengan kerap betul tak? Haaa…Sebenarnya mesin yang mempunyai kompresor ni memerlukan penggunaan tenaga yang lebih banyak tau.

Lebih kerap korang guna, lebih tinggi lah penggunaan tenaga elektrik. Sebagai contoh, penyaman udara akan menggunakan tenaga lebih banyak disebabkan sistem kompresor penyejuk yang terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengekalkan paras suhu yang ditetapkan berbanding pada hari-hari biasa.

Siapa jer tak suka duduk ditempat yang sejuk dan nyaman kan?

Boleh berjimat ke musim-musim panas ni?

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik ialah :

1. Guna Peralatan Elektrik Cekap Tenaga

Mesti anda pernah nampak label cekap tenaga (energy efficiency label) yang ditampal pada sesetengah peralatan elektrik kan?

Label yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga ini, menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik peralatan tersebut.

Tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut turut diberikan star-rating tau, semakin banyak bintang semakin jimat penggunaan tenaga elektrik anda. Menarik kan!

2. Sentiasa Kawal Penggunaan Penyaman Udara

Setiap rumah mesti ada penyaman udara kan? Sekarang kan musim panas mesti korang akan gunakannya dengan kerap betul tak?

Anda kena ingat, lagi kerap anda guna lagi tinggi bil elektrik kena bayar tau. Jadi min sarankan, anda untuk menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ianya ditutup pada awal pagi kerana ketika itu cuaca sudah mulai sejuk dan min rasa on kipas pun dah cukup untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah.

3. Semak Penggunaan Tenaga Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

Min nak tanyalah, pernah check tak berapa banyak penggunaan elektrik anda guna? Sebulan sekali? Ke tak pernah langsung?

Haa…Bagi pengguna Smart Meter, anda boleh lah semak penggunaan tenaga elektrik melalui aplikasi myTNB.

Sebenarnya Smart Meter ini direka untuk membolehkan pengguna memantau dan mengurus penggunaan tenaga harian mereka melalui aplikasi myTNB. Cara ini mampu membuatkan korang lebih berhemat dalam penggunaan elektrik.

Di Malaysia, tujuan kadar tarif berperingkat digunapakai ialah menggalakkan pelanggan menggunakan tenaga elektrik lebih berhemah.

Apabila jumlah penggunaan bulanan melebihi satu blok tariff, kadar untuk blok tarif seterusnya adalah lebih tinggi, seperti yang dipaparkan dalam bil elektrik anda.

Jadi sebagai pengguna kita kenalah sentiasa waspada dan mengawal penggunaan tenaga dengan lebih efisien. Nak kira berapa bil elektrik dengan jumlah tenaga kWh kita guna sebulan? Kalau nak klik SINI!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×