Didik

Jangan Marah Anak Main Lumpur, Ini 6 Kebaikan Ibu Bapa Patut Biarkan Mereka Explore!

80
SHARES

Kebelakangan ni ramai ibu bapa selalu berkira bila anak-anak ingin main pasir atau lumpur kerana risau mereka akan main kotor dan mudah jatuh sakit. Tapi, sebagai ibu bapa juga perlulah biarkan mereka explore untuk perkembangan otak dan bagus untuk deria sentuhan mereka. Jadi, ini 6 kebaikan biarkan anak anda bermain dengan pasir, lumpur dan selut.

KEBAIKAN ANAK BERMAIN LUMPUR

Main lumpur ni bagus tau. Antara kebaikan anak-anak yang kerap bermain dengan lumpur, selut, pasir atau tanah ialah:

1.Dapat mengembalikan mood mereka menjadi lebih periang dan mengurangkan tekanan (stress).

Kajian saintis telah mendapati bahawa “kotoran” dari lumpur tersebut mengandungi bakteria mikrospik, yang dipanggil ‘Mycobacterium vaccae’ yang dapat meningkatkan tahap ‘serotonin’ di dalam otak dan membantu kanak-kanak berasa lebih rileks dan tenang.

2.Memupuk rasa cinta terhadap alam semulajadi.

Tentunya lumpur, selut atau pasir berada di luar rumah. Jdinya nanti secara tak langsung anak-anak akan bermain dan meneroka alam semulajadi. Sambil main tanah sambil kutip daun, ranting dan batu untuk hasilkan sesuatu dari imaginasi mereka. Percaya atau tidak, masih ada kanak-kanak yang tak tau nak bezakan rumput betul atau rumput tiruan. Sebab tu la pentingnya pendedahan dengan alam semulajadi ni.

3.Meningkatkan sistem imun badan.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang bermain dengan tanah lumpur atau selut bagus untuk sistem imun mereka. Ini sebab kandungan bakteria mikrospik dan unsur lain yang menyebabkan badan mengeluarkan antibodi.

4.Bebas berkreasi.

Tak perlu susah-susah nak uli tepung nak buat play doh, anak-anak pun boleh buat doh diaorang sendiri tau. Bagi je tanah ngan air menjadi la nanti macam-macam hasil seni kreatif anak-anak. Masa ni kita tak payah ajar dah berapa sukatan air dengan tanah atau pasir, nanti anak belajar sendiri dan mereka tak terikat dengan sukatan untuk hasilkan ciptaan mereka.

5.Bermain sambil belajar

Kalau perasan masa anak menyukat tanah dengan air tu, mereka sebenarnya dah belajar sains, matematik, seni, geografi dan kemahiran lain. Walaupun anak hanya menyapu lumpur kat muka pun dia belajar seni menconteng atau kalau anak tengah berlakon dan anggap lumpur tu masker muka anak sebenarnya tengah merangsang otaknya untuk berimaginasi.

6.Lebih bijak

Kenapa kajian mengatakan bermain dalam lumpur boleh membuat anak anda lebih bijak? Ini kerana pembebasan serotonin yang berlaku apabila kanak-kanak bermain di dalam lumpur yang mengandungi ‘Mycobacterium vaccae’ itu juga telah menunjukkan peningkatan fungsi kognitif.

Jadi, kepada ibu bapa, tunailah keinginan anak-anak untuk bermain lumpur, selut, pasir dan tanah. Awasi dan perhatikan mereka agar tidak keterlaluan dalam aktiviti itu. Yang penting jangan biarkan mereka lakukan perbuatan berbahaya.

“So let your child be a child. Dirt is good. If your child isn’t coming in dirty every day, they’re not doing their job. They’re not building their immunological army. So it’s terribly important.”- Mary Ruebush (author of Why Dirt Is Good)

Sumber: Nur Hafizah Hanafi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×