Sihat

Betul Ke Ubat Batuk Punca Kahak Dan Lelah Anak? Ini Penjelasan Doktor Dan Cara Merawatnya

236
SHARES

Dah pelbagai jenis ubat batuk dah bagi anak makan, tapi kahak batuk masih tak hilang. Macam mana nak buat? Rupa-rupanya, ada orang cakap bahawa ubat batuk adalah punca kahak makin banyak dan boleh juga menyebabkan lelah. Betul ke ni? Kalau nak tahu sama ada betul atau tidak? Jom kita baca perkongsian dan cara merawat batuk anak berdasarkan panduan doktor ini.

UBAT BATUK PUNCA KAHAK?

“Ubat batuk salah satu punca kahak makin pekat dan menebal dan punca kebanyakan kanak-kanak terkena lelah”

http://www.newkidscenter.com/

Sekarang memang musim anak-anak batuk, selsema, demam kan? Bila anak tak sihat, mak mak ni memang tak tidur malam. Risau sangat. Ni dah lama sangat Adam batuk. Batuk yang bukan biasa-biasa. Bila batuk tu, macam nak terkeluar anak tekak dia cuba meneran batuk. Kesian sangat.

Pada asalnya, dia cuma batuk biasa-biasa je. Dah pergi klinik dan consult doktor. Doktor bagitau paru-paru semua clear takde kahak. Kurang sikit kerisauan mak ni. (Memang kalau anak batuk paling risau paru-paru ada kuman atau kahak lepastu kena lelah, nauzubillahimnzalik) Sebabkan Adam bawah umur setahun so Doktor memang tak suggest bagi ubat batuk & to be honest memang tak pernah bagi ubat batuk pada Adam. Hmm. Ingatkan lepastu okaylah.

APABILA BATUK MAKIN TERUK…

Hari demi hari batuk Adam makin teruk. Lebih teruk bila waktu malam. Kadang-kadang tengah tidur, dia start batuk sampai merah-merah muka dan mula muntah. Muntah susu + lendir kahak. Memang tak tidur malam dibuatnya. Akhirnya, tak sanggup tengok Adam menanggung batuk dia tu, mama dgn ayah dia decide untuk ambik nab. Serah diri buat pertama kalinya. Tengok Adam meronta-ronta hati mama memang tak keruan. Tapi apakan daya, untuk kebaikan kesihatanmu anak.

www.facebook.com/bymawaddahizzati

Ini first time kami datang klinik ni. Kami ke sini pun lepas baca review daripada ramai orang melalui blog. Klinik wangsa Dr. Nadir Khan memang terkenal dgn kepakaran beliau consult patient lelah/asma/batuk.

Sampai di klinik lebih kurang jam 10 pagi, orang dah penuh di ruang menunggu. Terkejut jap. Ingatkan hari biasa tak ramai orang. Rupanya penuh jugak. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun menunggu turn. Lebih kurang pukul 12 baru sampai turn kami. Bayangkan jelah hampir 2 jam menunggu dgn anak kecik yang baru dapat kaki. Mencabar beb. Haha.

www.facebook.com/bymawaddahizzati

Memang impressed dekat situ sebab doc sendiri yg panggil patient dia. Selalu pergi klinik, pembantu doktor yg akan panggil nama kita kan? Paling busuk pun pakai sistem nombor. Ni tak. Doktor tunggu kat pintu & panggil “Adam Bin Ahmad Firdaus?” Dengan muka manis.

PERBUALAN BERSAMA DOKTOR

Lupa terus kena tunggu hampir 2 jam tadi. Sangat impressed. Masuk-masuk, Doktor bagi salam, “Assalamualaikum adam, tak sihat ye harini?” Haaaa. Lagi sekali mama terpegun. Ramah nau Doktor ni. Pangkat atuk-atuk Adam je.

Doc       : “Dari mana ni?”
Kami     : “dari KL”
Doc       : “sakit apa Adam ni?”
Mama . : berleter la dari A-Z cerita kisah adam batuk. Huhu
Doc       : “anak-anak kecil ni memang sejak lahir ada lendir/kahak yang tertinggal. Dia depends pada baby, ada baby mampu atasi dan lama-lama dia hilang sendiri. Tapi ada baby tak mampu dan lama-lama kahak ni menjadi punca lelah. Tugas kita untuk bagi kahak ni keluar sama ada sedut atau bagi dia muntah & kahak keluar melalui muntah dia.”
Kami       :*ternganga. Baru tahu* ooooh.
Doc       : “saya bagi puan 3 pilihan samada nak ambik nab sahaja atau nak nab & sedut kahak dan yang ketiga saya ajar cara tepuk supaya bagi baby muntahkan kahak.
Kami       : laju je jawab “nab & sedut kahak”
Doc       : bagus. Saya galakkan macam tu. Sebab kita risau nanti lama2 kahak ni jadi punca lelah anak nanti. Lagi satu, jangan sesekali bagi ubat batuk. Ubat batuklah salah satu punca kahak makin pekat dan menebal & punca kebanyakan kanak-kanak terkena lelah.

Terus kami dibawa masuk ke bilik sebelah untuk nab & sedut kahak. Dan best bila doktor still ajarkan cara tepuk untuk keluarkan kahak anak. Tanya apa pun, Doktor layan kan je. Entahlah kenapa tapi memang rasa impressed samgat dengan layanan seorang doctor sebegitu. Hihi. Macam atuk-atuk melayan cucu. Keikhlasan tu sampai. Lepas balik klinik, masuk je kereta, menyusu dan terus hanyut si kecik tu. Penat ye sayang, sian anak mama.

SELEPAS SEMINGGU

Alhamdulillah dah seminggu berlalu, batuk Adam semakin kurang. Mungkin asbab sedut kahak haritu. Apa pun, kita mintalah pada Allah untuk kesembuhan. Kita berusaha untuk anak kita sedaya-upaya tetapi hanya Allah jualah yang memberi kesembuhan. Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat ya, Adam.

https://www.facebook.com/bymawaddahizzati/

P/s/s: mengikut kata Doktor, kanak-kanak dibawah umur 2 tahun sangat tidak digalakkan diberi ubat batuk. Ubat batuk hanya meredakan batuk tetapi tidak mengeluarkan kahak. Lama-lama kahak tersimpan dan semakin pekat, boleh menjadi punca anak terkena lelah. Wallahu’alam.

Sumber: Nurul Izzati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×