Pantang

Betul Ke Kena Pantang Laksa Setahun Lepas Bersalin? Doktor Ini Tampil Beri Teguran

2.4K
SHARES

“Eh baru lepas pantang mana boleh awak makan laksa!”

Menjadi tradisi untuk wanita selepas bersalin menjalankan rutin berpantang selama 44 hari dan ada juga yang mengambil langkah untuk berpantang sehingga 100 hari untuk kesihatan luar dalam tubuh badan. Namun, pernah tak anda dengar bahawa berpantang dari makan laksa perlu dilakukan walaupun sudah setahun habis berpantang. Katanya, boleh membuatkan badan ‘sejuk’ dan berangin.

KENAPA NAK DENGKI DENGAN LAKSA?

Apa lah yang kalian dengki sangat dengan LAKSA ni? Yang pelik, dengan laksa utara saja pula tu. Laksa lain takde pula gitu. Memang laksa utara ni musuh ketat ke apa? Siap terangkan satu persatu kenapa tak boleh makan laksa sampai setahun lepas bersalin. Kalau dah beranak tiap tahun macam pesakit akak, 6 tahun kahwin, 5 anak dia, ikut pantang merapu kalian, tak sentuh laksa langsung la gamaknya dia.

Meh la akak pangkah kenyataan tak bernas terpesong lagi sesat ni.

1. Laksa dibuat dari beras.

Rebus lah 100× pun takdenya lagi berangin. Laksa tak boleh. Bihun boleh? Tak ke aneh? Asalnya beras juga kan. Saiz saja lain. Pasta boleh ke tak wahai adik bawang? Ke tak boleh sebab kena rebus juga? Tolonglah. Kalau ikut logik kalian, nasi pun tak boleh makan ok. Habis nak makan apa? Kentang? Jagung?

2. Tulang ikan memang la tajam.

Tak ke? Secara lahiriahnya memang tulang ikan tajam. Pernah tertelan tulang kan? Perit dan seksa kan. Ikan untuk buat laksa utara ni jenis sardin (selayang) atau kembung kan? Tinggi kandungan omega tu. Kalau dah direbus dengan periuk tekanan tinggi memang tulang ikan tu lembut. Tapi kalau rebus biasa, memang kita buang tulang ikan tu lah. Takdenya nak masukkan tulang tu kat kuah laksa kita masak tu. Logik mana adik bawang wei?

3. Tak boleh makan daun kesum dan bunga kantan?

Daun kesum dan bunga kantan yang kita guna dalam kuah laksa tu gunanya nak kasi aroma dan rasa sedap la. Takde kesan apa pun dari segi bahan kimia dalam daun kesum atau bunga kantan pada badan kita setakat apa yang kita guna dalam kuah laksa. Tak payahlah mengarut sakit sendi la, sakit urat la, angin la bagai.

4. Timun sejuk?

Memang sejuk la kalau bubuh dalam peti sejuk. Aduh. Mungkin sejuk juga sebab kandungan air dalam timun lebih kurang 95%. Jadi orang dulu-dulu kata timun tu sejuk. Akak pun tak pasti la kan. Timun sebenarnya sejenis buah kalau ikut definisi sains. Tapi takde langsung fakta kata tak boleh makan timun sebab sejuk lepas tu nanti berangin. Mitos!

Kalau badan sakit lepas makan laksa tu kemungkinan besar TAKDE KENA MENGENA LANGSUNG. Selalunya kesan placebo saja. Sebab kita percaya sangat kepercayaan karut tu, maka jadilah kat kita. Takkan akak nak salahkan nasi goreng akak makan bila malam lepas akak makan tu, akak kena demam teruk dan otot habis sakit? Rupanya akak kena jangkitan virus Influenza A. Salah nasi goreng ke?

Dahlah. Ni zaman maju moden dah. Kenapalah masih berpegang pada cakap orang-orang tua yang tak ada asas sains macam kita yang dah pergi sekolah sampai universiti dah ni. Tolonglah. Ni nak pesan ni.

Sumber : Rusyainie Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×