40 Minggu

Bersedia Untuk Alami ‘Contraction Pain’, Ini Pesanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tengah Menunggu ‘Masa’

348
SHARES

Bila sudah tiba masanya untuk melahirkan anak, apa yang anda akan rasa adalah ‘contraction pain’. Apa tu? Contraction pain adalah satu rasa kesakitan yang akan dialami secara berbeza bagi setiap individu. Ramai yang berpendapat bahawa sakit ini adalah lenih sakit dari ketika bersalin. Tetapi, jangan risau, contraction pain adalah tanda bahawa tubuh badan anda sedang melakukan perkara yang betul. Kalau masih tak jelas, anda boleh baca pengalaman wanita ini ketika mengalami contraction pain. Sama tak dengan anda?

www.in.pampers.com

PERKONGSIAN PENGALAMAN CONTRACTION PAIN

Waktu saya pregnant dulu. Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy. Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kena gunting apa semua. Lepas itu kena jahit. Huii seram oi! 9 bulan pregnant, itu yang paling saya gerun.

Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain. Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me, pain threshold rendah ya ampun). Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu.

www.youtube.com

Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way). Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu. Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit. Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.

PESANAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu. So, pregnant mommies out there:

http://olsztyn.naszemiasto.pl/

1) Bersiaplah untuk proses bersalin tu. Siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!

2) Waktu sakit, jangan panic. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut.

InsyaAllaah. Boleh tu. Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin. Urut belakang dia, urut kaki dia. Coach breathing technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panic kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach. Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. 

www.youtube.com

Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia “Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang.” Dia perlukan semangat macamtu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir. InsyaAllah, jasa-jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan. Hatta, orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat.

*Semoga dapat dijadikan panduan ya!

Sumber: Anisah Ali ( MA MA)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×