Famili

Berikan Ciuman Kepada Tiga Golongan Tersayang Ini Supaya Anda Boleh ‘Kumpul’ Pahala!

350
SHARES

“Dah tua ni buat apa nak cium cium lagi, malu dekat orang”

Amat jarang dalam kalangan masyarakat kita yang mempraktikkan ciuman sebagai pengerat kasih sayang. Kalau kita tengok budaya masyarakat Barat, ciuman itu boleh dikatakan amalan bagi mereka untuk menguatkan kasih sayang. Ciuman yang dimaksudkan disini adalah ciuman yang berkaitan anak-anak, keluarga dan pasangan yang sudah berkahwin. Rupa-rupanya, dengan menghadiahkan ciuman kepada orang yang tersayang, boleh dapat pahala tau!

Cium Anak Dapat Pahala, Cium Suami Gugur Dosa, Cium Isteri Dapat Bahagia Selamanya

i) Fadhilat Cium Anak

siraplimau.com

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barang siapa keluar ke pekan & membeli barang & kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah & tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan?Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayng anak aku” akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium suami

www.floweraura.com

Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dikucup dahi isteri. Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat mencium isteri

loveandlifetoolbox.com

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

*Kesimpulannya, seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti. Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM PULA YE!

Sumber : Info Ibu Hamil, Ustaz Sayuthi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×