Ini perkara yang merungsingkan, dah kenapa pula wanita tak halal lebih manja dari isteri yang berada di rumah? Sepatutnya yang halal itulah ditatang bagai minyak yang penuh, betul tak?
Justeru itu, mari baca perkongsian dari Ustazah Sharifah Zahidah di bawah. Ini hanya sekadar peringatan buat pasangan suami isteri di luar sana agar sama-sama menjaga institusi kekeluargaan yang dibina dan jangan sampai pecah menanti sebab retak menanti belah.
Baca juga: Ini Sebab Kenapa Isteri Suka Dipeluk, Bukan Sekadar Dahagakan Hubungan Seksual Semata Tapi…
MANALAH ISTERI DI RUMAH TAK JADI SINGA INI PUNCANYA…
“Kemanjaan wanita adalah tergantung pada jenis layanan yang dia terima..”
Kenapa wanita tak halal lebih manja berbanding isteri sendiri di rumah? Kerana, layanan dan perhatian yang diterima wanita di luar rumah ini selalunya LEBIH daripada apa yang diterima isteri di rumah sendiri.
Lelaki gatal dan miang memang pandai manjakan wanita yang tak halal di depannya, berbanding isteri sendiri yang setiap hari menanti untuk dibelai.
- Dengan wanita lain, mudah berkata ya. Dengan isteri sendiri, asyik bernanti nanti.
- Dengan wanita lain, mudah diberi bantuan. Dengan isteri sendiri, penuh 1001 alasan.
- Dengan wanita di luar rumah, mudah belanja makan. Dengan isteri sendiri, semuanya tunggu hujung bulan.
- Dengan wanita lain, pemurah tawa dan senyuman. Dengan isteri sendiri, bermuram durja alasannya kepenatan.
Manalah… Manalah wanita di luar sana tak terlebih manja. Isteri di rumah dah macam singa. Kerana layanan yang diterima menentukan karakter yang dibawa.
Apapun, bagi saya.
100% KESALAHAN BUKAN DI ATAS SUAMI SAJA, ISTERI PUN PERLU BETULKAN SAMA

Gambar hiasan: Pexels.com – Ilmupedia.
1. KEPADA ISTERI…
Menyalahkan suami 100% juga tidak betul kalau si isteri hilang manjanya. Takkan jadi isteri ni kerjanya menyalahkan suami saja, macam diri sendiri tak punya akal dan tak perlu berusaha?
Saya hilang manja sebab suami. Itu faktor. Tapi janganlah dibebankan semuanya atas lelaki. Rasa low class pula jika jadi wanita yang soal kemanjaan diri pun mahu suami atasi.
Kadangkala, suami juga rimas dengan sebahagian perangai wanita. Itu yang “manja” sang isteri, ditafsirkan “mengada” oleh sang suami.
2. KEPADA SUAMI…
Tapi suami pun, kata ada 9 akal? Takkan hal remeh macam ini pun tak boleh jinakkan isteri? Mana pergi “9 akal” (mitos) yang konon dibanggakan itu?Jika hal isteri tak manja sudah buat kau bertindak sehina haiwan yang kerjanya asyik bertukar pasangan?
Yang paling salah ialah, bila rasa diri isteri tak manja. Kita pergi manjakan perempuan lain di luar sana. Ini memang sungguh durjana dan tiada justifikasi.
Isteri tak manja, sila selesaikan isu itu secara berdua. Bukan dengan bermain kayu tiga. Fullstop.
Cuma ingat, kadangkala faktor isteri sudah hilang jinak manjanya, adalah kerana layanan dan perhatian yang diterimanya sendiri, yang membuatkan manja itu sirna.
Sharifah Zahidah, 12 September 2022.
#sebelumsenja
Sumber: Facebook Sharifah Zahidah