Nur

‘Berdosa Ke Tak?’- Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Tidak Keluar Mengundi

40
SHARES

Seperti yang telah diketahui umum, pilihan raya akan menjelang tidak lama lagi. Pasti pelbagai perasaan bercampur aduk untuk mengetahui parti mana yang akan menang sekaligus dapat memerintah negara.

Satu hantaran telah dimuat naik oleh pengguna media sosial mengenai satu soalan yang diajukan kepada penceramah tersohor ustaz Azhar Idrus mengenai hukum jika tidak keluar mengundi.

Baca juga: Chef Kongsi Cara Bersihkan Siput Sedut ‘Fresh’ & Resepi Asam Rebus Siput Sedap

HUKUM JIKA TIDAK KELUAR MENGUNDI

Satu pertanyaan telah dijawab oleh ustaz Azhar Idrus mengenai apakah hukum tidak mengundi?

Mengundi ini adalah untuk melantik kerajaan, jika seseorang tidak mengundi maka mana-mana kerajaan yang naik semuanya untuk menegakkan Islam dan keadilan. Jadi tak wajib untuk mengundi. Faham.

Tak mengundi pun, tiga parti ini masuk. Tiga-tiga ini semua menegakkan Islam dan keadilan bersama rakyat. Tak mengundi tak apa. Mana-mana betul.

Contohnya, ada tiga orang untuk diundi jadi imam di masjid.  Tetapi tiga-tiga orang ini layak menjadi imam. Pandai baca, banyak surah hafal maka kalau tak mengundi pun tak apa. Kalau menang salah seorang pun dia akan menjadi imam yang baik.

Tetapi jika seorang sahaja boleh menjadi imam yang lagi dua orang lagi kaki todi. Seorang kaki nombor ekor, seorang tak pernah sembahyang. Dia masuk juga mengundi nak jadi imam. Maka wajib kita beri undi kepada yang layak menjadi imam supaya tak naik dua orang tadi yang akan merosakkan jemaah kita. Faham.

Jadi kalau kita tidak mengundi, maka menang lah musuh-musuh Islam, menang lah orang-orang yang akan merosakkan persaudaraan Islam yang tidak akan menegakkan Al-Quran dan Hadis dalam negara. Maka kita berdosa di hadapan Allah.

VIDEO PENUH

Sumber: Tiktok ainul_ayra

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×