Dapur

Chef Kongsi Cara Bersihkan Siput Sedut ‘Fresh’ & Resepi Asam Rebus Siput Sedap

5
SHARES

Siput sedut merupakan antara makanan kegemaran bagi sesetengah masyarakat di Malaysia. Tetapi kebiasaannya siput sedut ini akan beli siap terus di kedai, dan tidak ramai tahu cara sebenar cuci siput sedut ini.

Perkongsian tips daripada Adu Amran atau lebih dikenali sebagai Chef Adu, sekiranya anda beli siput sedut yang masih hidup pada badannya akan penuh dengan lumpur dan sangat berlendir. Jadi anda memerlukan cara yang betul untuk memastikan semua lumpur dan lendir tersebut betul-betul hilang, baru lah boleh dimakan. Jom baca artikel!

Baca juga: Guna 5 Bahan Di Dapur Buat Skrub Badan, Kulit Lebih Licin & Mulus!

CARA BERSIHKAN SIPUT SEDUT

Letak siput sedut di dalam bekas dan rendamkan dengan air terlebih dahulu.

Kemudian, tapiskan. Lalu basuhkan bersih-bersih. Kalau nak lagi bersih, boleh pakai berus dijamin bersih.

Apabila dah bersih, potong hujung siput sedut tersebut. Kalau tak potong nanti tak boleh sebut. Ketepikan dahulu.

MASAK ASAM REBUS SIPUT SEDUT DAN BATANG KELADI

Bahan-bahan:

  1. Bahan tumbuk (bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, halia)
  2. Cili boh
  3. Air asam jawa
  4. Garam
  5. Daum kesum

Ambil batang keladi dan siat kulitnya. Lalu potongkan secara serong dan boleh direbus jangan lupa letak garam dulu ya. Rebus sampai embuk baru tak gatal.

Bagi resipi ini, semua bahan perlulah direbus dan masukkan semua bahan.

Tunggu sekejap, terus masukkan siput sedut tadi. Apabila dah mendidih menandakan sudah masak.

Apabila dah mendidih masukkan daun kesum dan batang keladi yang sudah direbus tadi.

Untuk membuat bawang goreng pula. Potong bawang secara halus, letakkan minyak masak ke dalam kuali.

Goreng bawang sehingga layu dan masukkan sekali bawang dan minyak ke dalam masak asam siput sedut tadi. Dah siap!

VIDEO PENUH

Sumber: Tiktok chefadu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×