Cabaran Berbasikal Dari UK Ke Putrajaya
Ya, bukan naik kenderaan bermotor. Tidak sama dengan pengembaraan By Road to Malaysia dengan motorhome, mereka hanya menggunakan kudrat kaki yang mengayuh ke serata dunia. Perjalanan mereka ini dipanggil Journey to Homeland.
Apakah Journey to Homeland?
Journey to Homeland ialah misi anak muda dari Malaysia yang sangat berani. Mempunyai minat yang sama, mengayuh basikal ialah satu kepuasan buat mereka. Mereka menjejakkan kaki ke tanah yang tidak pernah dijejaki, jauh dari tanahair.
Hutan belukar di lalui, padang pasir diredahi dan kawasan kampung bersalji mereka tempuhi. Impian mereka hanya satu – memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia yang lain untuk meneroka dunia.
DREAM – EXPLORE – DISCOVER!
Status Terkini (7 Disember 2014)
Mereka akan meninggalkan Albania untuk memasuki Macedonia
Gambar sepanjang perjalanan
Kibarkan bendera Negeri Johor di Perancis
Ketika di Czech Republic
Latar belakang menarik di Bormio, Itali
Gunung bersalji di Milan, Itali
Sempadan Montenegro
Rumah Malaysia di Sarajevo, Bosnia Herzegovina
Masuk sempadan Bosnia ketika azan Zohor dilaungkan
Masjid di Albania
Hari Raya Aidil Adha di Vienna, Austria
Laluan dari UK ke Putrajaya
Tengok peta sahaja sudah cukup mengujakan.
Bantuan misi
Mereka adalah pengembara bajet dengan jangkaan belanja sebanyak 10 Euro sahaja sehari. Selain makanan, mereka juga perlukan belanja untuk penyelenggaraan basikal. Bagi sesiapa yang ingin menderma boleh salurkan kepada:
KELAB BERBASIKAL SICK SIDERS
RHB Bank Berhad
Nombor akaun: 2-51012-0000689-4
MUHAMMAD ADIB
Maybank Berhad
Nombor akaun: 151-294-856-272
Kredit
Semua foto kredit kepada Sick Siders Malaysia dan gambar koleksi peribadi Muhammad Adeeb’s dan Azrulhan
[infobox title=’Tentang Journey to Homeland by Sick Siders Malaysia’]
Blog: sicksidersmalaysia.blogspot.com/
Facebook Page: facebook.com/journeytohomelandbySSMY
Email: [email protected]
[/infobox]