By Road To Malaysia
Dengan ahli keluarga seramai 6 orang, mereka menetap di United Kingdom (UK) sejak 1999. Ketua keluarga ini, Jamalullail Ismail berkata, dia melakukan ini bukan mencipta nama. Mereka ingin meraih pengalaman dan memberi inspirasi pada orang lain.
Ini peta perjalanan mereka

Foto Kredit: byroadtomalaysia Facebook
Menurut Sabeera J:
Pada 13 Julai 2013, keluarga saya dan saya mengambil satu perjalanan untuk melancong dari UK ke Malaysia menaiki motorhome. Kami akhirnya menjadi 155 hari di jalan raya sepanjang 27 negara. Ia adalah salah satu perkara yang paling gila yang pernah kami lakukan. Saya sebagai jurugambar sepanjang perjalanan, tidak pernah terfikir saya akan berjaya menghasilkan dan menyiapkan video ini. Maaf jika ada kekurangan kerana saya kurang kemahiran dalam filmography.
Mudah-mudahan saya akan dapat memberi tumpuan yang lebih pada penggambaran video dalam perjalanan masa depan saya.
Ini gambar caravan motorhome mereka:

Foto Kredit: byroadtomalaysia Facebook
Ini kompilasi video oleh Sabeera J:
Ini ada video tambahan, ehsan TV3.
Berikut ialah video hasil temuduga dengan Jamalullail Ismail, ehsan TV9.
Keratan akhbar terbaru, mereka bakal meninggalkan Malaysia untuk kembali ke United Kingdom dalam masa terdekat. Kami doakan agar semuanya selamat.

Foto Kredit: byroadtomalaysia Facebook
[infobox title=’Tentang By Road To Malaysia’]
Facebook: facebook.com/byroadtomalaysia
Blog: byroadtomalaysia.blogspot.com
Web: byroadtomalaysia.com
Twitter: twitter.com/byroad2malaysia
[/infobox]