40 Minggu

Berat Anak Susut Mendadak Sejak Lahir, Bila Check Rupanya Alami Dehydration…

1.5K
SHARES

Siapa yang tidak mahu anak yang dilahirkan sihat walafiat bukan? Namun begitu, ada juga beberapa pengalaman yang dikongsikan oleh ibu yang khususnya baru pertama kali melahirkan, mengalami kekurangan susu. Seperti apa yang dikongsikan oleh ibu ini dimana dia menghadapi situasi bayi yang baru dilahirkan mengalami penurunan berat badan yang mendadak! Bila diperiksa rupanya anaknya mengalami ‘dehydration’.

Baca juga: Boleh Buat Appointment JPN Daftar Kelahiran Kalau Due Date Dah Kurang Dari 2 Bulan

BERAT ANAK TAK NAIK, BILA CHECK DADA BAYI TENGGELAM…

Take note ya ibu-ibu semua ..

Gambar ke-3 masa Maryam sakit teruk umur 14 hari. Last update nurse datang rumah check Maryam hari jumaat, Maryam masa tu umur 10 hari. Nurse timbang berat dia 2.5kg..masa tu mommy mula rasa pelik sebab Maryam masa umur 6 hari pergi daftar dekat KK 2.63 kg..tapi disebabkan nurse tak ada cakap apa-apa, mommy ingat tu perkara biasa (walaupun dalam hati rasa macam tak sedap)..

Lagipun masa discharged hospital berat Maryam nurse sana rekod 2.5kg..sedangkan hari kedua Maryam lahir momym ada tanya doktor anak saya berapa kg, doktor jawab 2.5kg..masa discharge mommy rasa pelik kenapa dah 5 hari lahir berat tak berubah. Inikan anak first, so mommy kurang alert sikit, ingatkan itu normal.. Bila Maryam tiba-tibe jatuh sakit, pagi tu dia tak nak mnyusu menangis tak berhenti & tak bernafas sekejap pastu sambung menangis balik..mommy betul-betul buntu masa tu. Call cik abe mintak suruh balik kerja, tengahari dia sampai dan pergi rujuk klinik yang berdekatan..

Sampai dekat sana nurse check suhu badan Maryam tinggi, terus bawak masuk Maryam jumpa doktor. Doktor terkejut tengok warna kulit badan Maryam. Time tu dah pucat biru, bila doktor buka baju maryam, dia lagi jd terkejut tengok dekat dada Maryam tenggelam & itu bukan perkara yang normal..terus doktor pakaikan wayar oksigen..

Seriously demi Allah momy & papa langsung tak perasan dengan perubahan badan Maryam. Dimata mommy dan papa Maryam nampak macam ok, tapi lepas papa snap gambar Maryam masa tu lah baru kami nampak rupa Maryam yang sebenar.. Astarfirallah al azim mungkin syaitan mengaburi mata momy & papa, maafkan momy maryam. Kemudian terus emergency naik ambulance..

MASA DISCHARGED BERAT DAH HILANG 1KG!

Sampai kat sana doktor mula syak sesuatu bila doktor tanya berapa berat Maryam masa lahir.. momy jawab 2.5 kg..tapi doktor tetap tak puas hati sebab berat baru timbang 2kg & tengok gambar Maryam masa baru lahir gemuk takkan turun 500gm dengan keadaan Maryam dah terlalu kritikal. Bila doktor check dalam rekod rupa-rupanya berat lahir maryam 3.045kg..Rupa-rupanya masa Maryam discharged dari hospital maryam dah hilang berat 500gm.so total lost weight 1kg.

Masa tu doktor macam terkilan dengan kerja acuh tak acuh dari department tu..sebab momy bagitahu doktor, lagipun Maryam sebelum ni aktif jer.Dia menyusu badan macam biasa, lama dia hisap pastu dia tido, kencing berak pun semua ok maryam baik sangat. Masa dekat wad momy pernah cakap dekat nurse, susu saya macam tak ada baby asyik menangis jer..tapi nurse cakap anak first memang macam tu. Tak apa teruskan bagi susu badan, masa tu momy memang kena brainwash, wajib tetap bagi susu badan jer..kita yang tak ada pengalaman ni, just ikut jerlah..

Sampai tetiba hari ke-14 Maryam tak nak menyusu menangis non stop, sampaikan mommy hampir nak meroyan masa tu, lagipun berpantang sorg diri, rupa-rupanya Maryam selama ni menyusu badan mommy cuma kosong, 14 hari Maryam menahan lapar dahaga & Maryam anak yang sangat baik..hari ke-14 dah sampai limit baru maryam bagi tanda. Betapa momy betul-betul down masa tu, rasa bersalah yang amat sangat..doa tak pernah putus janganlah diambil nyawa anakku.

DOKTOR SAHKAN ANAK DEHYDRATION

Doktor sahkan Maryam dehydration dan terus emergency masuk ICU untuk selamatkan nyawa maryam. Ulang alik momy tiap-tiap hari datang tengok Maryam, memang sayu sangat hati masa tu..dengan penuh wayar & jarum dekat badan Maryam..air mata non stop berlinangan, mengharapkan berita yang baik dari doktor. Masa tu memang mommy banyak diamkan diri, tak bercakap dengan sesiapa pun. Emosi memang down sangat, cuma ada last baju yang maryam pakai momy peluk cium buat teman smpai tertido dengan air mata..mak dekar kampung, sedara mara mula bertanya..tapi papa yang tolong jawabkan semua..

Gambar ke-2 masa Maryam umur 16 hari, masa tu hari ke3- Maryam dekat ICU.

Hari ke-3 baru mommy dapat pegang maryam balik, Maryam dah makin stabil, lega sikit hati momy masa tu, walaupun kat kedua-dua tangan dan kaki Maryam masih bersambung dengan jarum drip. Alhamdulillah maryam bagi respond yang positive.. Berat maryam dah naik balik..jauh beza rupa dia masa first day kena tahan..hari ke-4 Maryam dipindahkan ke wad scn..lega hati momy bila doktor cakap Maryam dah lepasi tahap kritikal..tapi masih dalam jagaan nurse sepenuhnya..hari ke-7 momy datang melawat Maryam, petang tu doktor cakap dah boleh pindah wad kanak-kanak & ibu kena jaga baby. Seminggu jugak mommy teman Maryam dekat sana dengan full susu formula..Maryam discharged dengan berat 3kg..

Alhamdulillah syukur sangat pada Allah masa tu, dan banyk-banyak terima kasih pada doktor dan nurse yang dah merawat Maryam..last sebelum balik, doktor pesan bagi jer susu formula kalau ibu tak ada susu & ia bukan satu kesalahan..doktor jugak nasihat pada orang bawahan dia jangan terlalu brainwash ibu-ibu untuk bagi susu ibu kalau betul ibu itu memang tak ada susu..
Gambar first gambar maryam yang terkini, alhamdulillah Maryam makin sihat & makin tembam..semoga anak momy akan terus membesar dengan sihat..pada ibu-ibu diluar sana yang tiada susu badan..janganlah jadi macam saya, nasib baik Maryam sempat diselamatkan..semoga kisah saya menjadi iktibar pada ibu-ibu dan ini juga menjadi pengajaran buat diri saya sendiri yang hampir-hampir kehilangan permata hati momy & papa, Maryam Syafira..

Kredit : Azierah via Little Kabukabu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×