Sihat

Boleh Naikkan Berat Bayi? Ini 5 Fakta Beras Sumo (Beras Calrose) Yang Mungkin Ibu Tak Tahu

9.4K
SHARES

Para ibu pasti inginkan nutrisi yang terbaik untuk tumbesaran bayi. Dalam menyediakan hidangan bayi, ada juga sesetengah ibu yang mengesyorkan penggunaan beras sumo untuk bayi.

Berdasarkan perkongsian dari para ibu yang telah mencuba beras sumo, rata-rata bersetuju yang beras sumo baik untuk meningkatkan berat badan bayi secara sihat.

Ada juga para ibu yang memilih beras sumo kerana bayi sukakan teksturnya yang lebih lembut dan buatkan anak-anak lebih berselera. Mungkin kerana rasanya yang kena dengan tekak budak-budak.

Beras sumo ini juga dikatakan sesuai untuk bayi kerana tidak menyebabkan sembelit dan alahan.

Tahukah anda apa sebenarnya beras Sumo? Dan benarkah ia sangat bagus untuk  bayi?

Jom kami kongsikan sedikit fakta tentang beras ini.

beras sumo untuk bayi

Kredit Foto : Facebook Resepi Makanan Bayi

1. Beras Sumo Bukan Berasal Dari Jepun !

Walaupun beras sumo ini sering digunakan dalam pembuatan sushi, namun ia tidak ditanam di Jepun. Malah, ia dituai dari California, Amerika Syarikat.

Nama Calrose pula berasal dari gabungan nama Callifornia iaitu sawah padi beras sumo dan nama Rose yang berasal dari nama beras popular dari Louisiana iaitu Blue Rose.

2. Pernah Dinobat Sebagai Beras Terbaik Dunia

Beras Calrose juga merupakan beras yang paling terkenal di Amerika Syarikat dan paling banyak ditanam di California sejak tahun 1940. Selain Amerika Syarikat, beras Calrose juga diusahakan di kawasan lain seperti Australia dan Pacific Rim.

Beras Calrose juga pernah terpilih sebagai World’s Best Rice pada tahun 2013 dalam Annual World Rice Conference.

3. Kandungan Nutrisi Beras Sumo

Beras calrose memiliki beberapa khasiat tersendiri dan unik berbanding beras biasa di mana ianya rendah kalori tetapi merupakan sumber karbohidrat yang sihat.

Mungkin inilah yang menjadi penyebab mengapa ia beras ini dilihat dapat membantu bayi naik berat badan secara konsisten. Para ibu juga menyukai beras sumo kerana bersaiz lebih kecil dan mudah dikunyah oleh bayi.

Setiap sukatan suku cawan (57 gram) beras sumo mampu membekalkan nutrisi seperti berikut :

Kalori : 170 kalori
Karbohidrat : 13 %
Lemak : 0 g
Protein : 3 g
Natrium : 5 mg

beras sumo untuk bayi

4. Bagaimana Rasa Beras Sumo?

Apabila beras Calrose dimasak, ia cenderung melekat bersama bermaksud ia jenis nasi yang agak melekit.

Atas sebab ini, beras Calrose juga adalah antara alternatif yang boleh digunakan untuk membuat sushi, rice ball, paella atau makanan seperti dalam hidangan Jepun dan Korea.

5. Cara Masa Beras Sumo

Cara memasak Beras Sumo atau beras calrose ni simple saja.

Anda boleh mengikut arahan pada peknya seperti berikut:

  1. Tuangkan 1 cawan Beras Calrose SUMO dan 2 cawan air ke dalam rice cooker.
  2. Tekan butang dan masak seperti biasa.
  3. Setelah siap masak, biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Cara Menyediakan Beras Sumo Frozen Untuk Bayi

Sesibuk mana sekali pun, para ibu pasti ingin berikan nutrisi lengkap buat bayi tersayang. Beberapa kaum ibu juga memilih beras ini sebagai untuk disediakan sebagai beras frozen.

Caranya juga cukup mudah.

Jom kita ikuti perkongsian dari group Facebook Resepi Makanan Bayi

beras sumo untuk bayi

Kredit Foto : Facebook Resepi Makanan Bayi

Cara Menyediakan Beras Sumo Untuk Bayi

  1.  Cedokkan 6 ke 7 sudu besar beras sumo dan basuh beras sehingga bersih
  2. Rendam beras ke dalam air selama 10 minit
  3. Buang air rendaman tadi
  4. Letakkan beras yang sudah dibasuk ke dalam ice tray. Tinggalkan sedikit ruang untuk isikan air.
  5. Isi air penapis atau air masak pada ruang ice tray
  6. Tutup ice tray dan bekukan dalam freezer
  7. Apabila kiub beras sudah beku, boleh kumpulkan semua kiub ke dalam zip lock
  8. Ketika sediakan bubur bayi, anda boleh ambil 1 atau 2 kiub beras

beras sumo untuk bayi
Untuk sediakan beras frozen, anda juga boleh gunakan jenis beras lain ikut kesesuaian anda.

Menurut perkongsian tersebut, beras sumo frozen boleh bertahan di dalam freezer maksimum 6 bulan! Mudah bukan ?

Beras frozen ini mudah untuk digunakan dan boleh dicampurkan bersama sayur-sayuran, buah-buahan serta protein untuk lengkapkan hidangan bayi.

beras sumo untuk bayi

beras sumo untuk bayi

beras sumo untuk bayi

Kredit Foto : Resepi Makanan Bayi

Baca juga: “4 Jam Junjung Bayi Dalam Kotak, Air Dah Paras Leher,” Voice Note Ibu Ini Undang Sebak

Untuk mudahkan bayi kunyah, anda juga boleh kisar hidangan supaya lebih halus.

Maklumat Lanjut

Beras sumo ini mungkin boleh jadi alternatif bagi para ibu yang sedang berusaha untuk naikkan berat bayi dengan sihat. Ada juga sesetengah bayi yang tidak sesuai dengan beras ini dan lebih gemarkan beras biasa.

Tidak kira beras apa yang anda gunakan asalkan anak sesuai dan berselera makan, anda perlulah ucap syabas pada diri sendiri kerana berjaya sediakan makanan yang lengkap dan berkhasiat untuk anak.

Untuk maklumat lanjut tentang beras Sumo, anda boleh terus ke laman sosial rasmi Beras Sumo Malaysia di pautan berikut:

Sumo Rice Malaysia Facebook |  Sumo Rice Malaysia Instagram

Sumber :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×