Hebahan

Berapa peranan yang dimainkan oleh seorang IBU?

1
SHARES

Dutch Lady menghargai  pelbagai peranan yang dimainkan oleh seseorang ibu dan menyokongnya dalam perjalanannya dalam dunia keibuaan

Keperluan kanak-kanak  berubah dalam proses perkembangan  mereka, para ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dan mencari solusi terbaik mengikut tahap-tahap tumbesaran anak mereka. Satu kajian menunjukkan secara purata, ibu pakar dalam memainkan pelbagai peranan – yang menjalankan sebanyak 23 profesion** berbeza, daripada seorang pembersih, penghibur, tukang masak, akauntan dan guru, hinggalah menjadi seorang pembantu rumah. Ibu juga perlu mempunyai kemahiran dalam pertolongan cemas, pemandu dan sebagai seorang pendandan rambut.

Memahami perjalanan seorang ibu adalah proses pembelajaran yang panjang, jenama susu rumusan untuk kanak-kanak iaitu Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA*, menghargai dan memahami keperluan para ibu Malaysia dan menyokong mereka dalam memainkan pelbagai peranan harian mereka.

roles-kv_bahasa

“Menurut pelbagai kajian pengguna, masyarakat mengharapkan seorang ibu untuk tahu segalanya yang terbaik untuk menjaga anaknya sebaik sahaja dia menjadi seorang ibu. Sebenarnya, bukan semua ibu setuju. Dutch Lady  memahami kepentingan nutrisi dan pelbagai peranan yang dimainkan oleh seorang ibu dalam memastikan  perkembangan progresif anaknya. Ibu memerlukan rakan yang boleh dipercayai dalam menyokong keperluan  Si Manjanya yang kian berubah dan pelbagai peranan yang dimainkan oleh mereka untuk membesarkan anak yang pintar dan sihat,” terang Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

Ashlee berkongsi pendapatnya dalam jamuan teh pemenang peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak, di mana para pemenang meluangkan masa bersama Duta Dutch Lady Nutri Plan™, Scha Alyahya dan anak perempuannya Lara Alana. Para pemenang merupakan ibu yang telah menyertakan kata-kata penuh hikmah yang membimbing Si Manja mereka.

“Kempen Mak Kata, Saya Anak Bijak menunjukkan bagaimana peranan dan gaya bimbingan seorang ibu berkembang dengan anak-anak mereka. Seorang ibu memainkan pelbagai peranan dalam menyokong keperluan nutrisi dan sosial anak mereka. Dia adalah chef sekiranya anaknya lapar, rakan apabila anaknya sedih, jururawat apabila anaknya cedera akibat jatuh, dan sebagainya,” kata Ashlee.

“Kami ingin menjadi  rakan ibu yang ideal untuk para ibu Malaysia. Seperti bagaimana ibu menyesuaikan keperluan anaknya yang berubah-ubah, Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™dengan 5X DHA* dirumus untuk menyokong keperluan nutrisi anak anda pada setiap tahap kebijaksanaannya ” Ng menambah.

Sebagai pakar dalam nutrisi kanak-kanak, Dutch Lady merumuskan 4 Tahap Nutri Plan™ untuk menangani kekurangan khasiat kanak-kanak Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS). Program ini bukan sahaja memberikan nutrisi mengikut tahap, malah mempunyai 5X DHA* yang menyokong perkembangan keseluruhan dan otak kanak-kanak di setiap tahap.

scha-alyahya-lara-alana

Bagi Scha Alyahya, kepakaran lebih daripada 50 tahun Dutch Lady dalam membina keluarga dan kanak-kanak yang sihat dan kuat mendorongnya memilih jenama ini untuk Lara.

“Sebagai seorang ibu, tiada yang lebih penting, selain daripada kesihatan anak saya. Saya amat cerewet mengenai pengambilan nutrisi Lara. Saya sentiasa cuba memberikan nutrisi yang diperlukannya. Dengan Dutch Lady sebagai rakan saya, saya berasa lebih selesa. Dutch Lady bukan sahaja membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh Lara untuk setiap tahap perkembangannya, malah 4 Tahap Nutri Plan™ untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6+ mengizinkan saya untuk meluangkan masa dan tenaga untuk memperkembangkan keperluannya yang lain, dan bukannya risau akan pengambilan nutrisinya,” kata pelakon dan ibu ini.

Lara baru sahaja mencecah usia dua tahun baru-baru ini dan suka meneroka. Scha suka melihat anaknya menemui dan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari, tetapi menyedari bahawa peranannya kini berubah.

“Untuk merangsangkan rasa ingin tahunya, saya selalu menunjukkan benda-benda yang ada di sekeliling Lara dan menamakannya, bagaikan seorang cikgu. Sekarang, dia aktif meneroka persekitarannya, jadi saya  mula menyediakan pelbagai idea supaya  Lara peroleh pembelajaran daripada  dunia di sekelilingnya. Saya  menukar peranan saya sebagai kawannya yang membantu Lara menjelajah!

product-kv_bahasa

Kami menemui tumbuh-tumbuhan dan bunga baru di kawasan kami, kadang-kala ulat juga! Kadang-kadang saya menjadi seorang jurulatih, mengajar Lara bagaimana untuk menendang bola atau bermain permainan,” kata Scha sambil tersenyum.

Sewaktu jamuan teh dengan pemenang peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak, Scha dan para ibu bertukar petua dan cerita-cerita lucu  ketika membesarkan anak-anak mereka.

Salah seorang pemenang, Norafida Baharuddin, teruja untuk mencuba beberapa petua Scha.

“Saya setuju dengan pendapat Scha tentang peranan yang kami perlu mainkan demi menyokong keperluan anak-anak kami yang sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang, saya juga mendapati ia agak sukar untuk menentukan tahap manakah anak saya berada kerana setiap anak membesar pada kadar yang berbeza dan mencapai tahap tertentu pada umur yang berbeza! Jadi, saya perlu tahu aktiviti yang boleh dijalankan bersamanya untuk merangsangkan rasa ingin tahunya.

“Sebab itulah saya juga seorang peminat Dutch Lady Nutri Plan™. Pelan ini membantu saya menentukan tahap perkembangan anak saya, dan juga menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan yang sihat, ” kata Norafida.

Dia mengakui bahawa dia tidak menyangka keluarganya memenangi peluang untuk bertemu dengan Scha dan Lara dalam acara jamuan teh yang menyeronokkan.

“Kata-kata yang membolehkan  saya menang peraduan ini adalah apa yang  selalu saya nasihatkan kepada anak-anak  iaitu untuk bercita-cita biarlah setinggi langit biru, kalau jatuh kita akan jatuh di atas bintang-bintang. Usaha yang jitu umpama mendaki bukit tinggi. Walau penat, di puncaknya kita akan dapat teroka segalanya. Ia adalah satu galakan untuk mereka agar rajin dan bekerja keras untuk cita-cita yang mereka inginkan. Saya ingin  memberikan terbaik kepada mereka walaupun memainkan  pelbagai peranan, asalkan ia boleh membantu mereka. Oleh itu, Dutch Lady Nutri Plan™ banyak membantu saya menjadi ibu yang berjaya kerana Dutch Lady menepati keperluan nutrisi anak-anak saya supaya saya fokus dalam membimbing mereka dalam aspek lain,”  kata Norafida.

Sambil berbual dan bergelak ketawa, keluarga pemenang ini juga teruja membuka kotak kamera instan yang diterima sebagai hadiah untuk mengambil gambar bersama rakan-rakan mereka. Mereka  juga mengambil peluang untuk bergambar dengan  Scha dan Lara  dengan kamera baru mereka.

Jadilah seorang ibu yang memainkan pelbagai peranan dengan Dutch Lady di sisi anda! Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara bagaimana Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA* dapat menyokong tahap kebijaksanaan  kanak-kanak, layari laman web di www.smartmoments.com.my.

**      http://newslite.tv/2010/09/02/moms-carry-out-duties-of-23-di.html

*          Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).      

4 Tahap Nutri Plan merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.

 

Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu terunggul di Malaysia.

 

Mengenai Royal FrieslandCampina

Setaip hari, Royal FrieslandCampina menyediakan makanan yang kaya dengan nutrisi bernilai kepada jutaan pengguna seluruh negara dan merupakan salah sebuat daripada lima syarikat tenusu terbesar dunia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×