Advertorial

Benda Yang Nampak Pelik Tapi Mesti Ada Yang Buat Masa Raya. Anda Macam Ni Juga Ke?

1.2K
SHARES

Anda pernah tak buat perkara rare masa raya. Kadang-kadang bila buat benda yang lain daripada yang lain masa raya ni, barulah sambutan hari raya terasa lebih meriah. Lebih-lebih lagi, zaman ledakan teknologi ni, di mana semua benda kita rasa nak kongsi di media sosial.

Cakap pasal benda rare, min ingat lagi antara beberapa moment lain maciem yang pernah jadi trending masa raya satu ketika dulu. Haa.. Anda pernah buat tak? Baik mengaku cepat!

Raya dulu vs sekarang, mengimbau kenangan betul..

Satu ketika dulu trending orang buat challenge ni, di mana anda kena mengambil gambar serupa macam gambar lama yang pernah dirakamkan. Paling best kalau gambar yang dirakamkan tu nampak sama yang berubah hanya latar masa je.

Kami tabik famili yang berjaya untuk buat challenge ni. yelah bukan senang tau adik-beradik atau sanak-sedara nak berkumpul dalam satu masa. Benda macam ni kalau dibuat setiap kali raya bukan je boleh mengeratkan silaturahim malah mengamit memori.  Nak try la tahun ni!

Bergaya dengan baju rasa extraordinary, barulah menonjol sikit!

Selalunya setiap kali raya majoriti yang meraikan akan mengenakan baju kurung atau baju melayu. Tapi bila baju raya anda mempunyai corak yang berbeza daripada kebiasaan, anda mesti akan jadi tumpuan.

Yelah, siapa je yang sanggup pakai baju raya corak terlebih menonjol masa raya. Lain daripada yang lain sungguh, nak kata cantik tu pendapat masing-masing. Tapi kalau pakai ramai-ramai kurang sikit rasa segan.

Melancong ke luar negara masa raya. Best ke?

Kalau dulu semasa hari raya menjadi satu kewajipan untuk pulang berkumpul beramai-ramai di kampung. Tapi sekarang macam dah jadi satu trend baru pula, menyambut raya di perantauan.

Mungkin bagi sesetangah orang tak meriah raya kat luar negara ni, tapi sebenarnya asalkan korang berkumpul bersama yang tersayang, semangat raya tu tetap akan ada. Cewahhh!

Raya dengan snek Mister Potato edisi terhad raya. Hmm lain maciem!

Anda nak tau macam mana korang boleh sambut raya lain maciem tahun ni? Haa.. Admin ada jawapannya, anda kenalah sambut raya dengan snek Mister Potato edisi terhad. Kali ni bukan satu tapi ada dua perisa yang korang kena cuba tau!

Sejak Mister Potato bagi teaser di laman facebook mereka, wargamaya dah mula tinggalkan komen tentang perisa yang nak dikeluarkan. Nampaknya wargamaya takkan kecewalah! Ni kami share sikit cara raya lain macien dengan Mister Potato..

Mister Potato Rendang Crisps & Satay Chips edisi terhad. Kena cuba ni!

Bukan biasa-biasa nampaknya perisa edisi terhad Mister Potato kali ni. Dahla rendang dengan satay memang favourite rakyat Malaysia, dibuat pula perisa snek kentang kegemaran ramai. Mesti korang nak cuba kan?

Haa.. Kalau anda nak tahu edisi terhad Mister Potato Rendang Crisps hanya ada dalam bentuk canister je, Mister Potato Satay Chips pula dalam format bag yang biasa anda beli tu.

Nak sesuatu yang lain maciem raya nanti? Dapatkan Mister Potato anda hari ni juga!

Raya nanti anda jangan lupa dapatkan Mister Potato Rendang Crisps dengan Satay Chips ni. Boleh kongsi-kongsi dengan sedara-mara atau tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Takyah nak menyusahkan diri kacau-kacau atau kipas-kipas bila nak makan rendang atau satay sebabnya anda boleh dapatkan rasa ni hanya dengan Mister Potato.

Terus je ke laman Facebook rasmi Mister Potato, kalau anda nak tau lebih lanjut tentang tentang produk ni okay!

Jom serbu pasaraya berdekatan untuk dapatkan Mister Potato Rendang Crisps dan Satay Chips edisi terhad ni. Kalau terlambat anda juga yang rugi! Adios Amigo..

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×