Famili

“Belum Cuba, Belum Tahu, Berani Cuba, Rasa Hasilnya” – Datin Paduka Eina Azman, Kongsi Kisahnya.

4K
SHARES

Pernah tak bila dah terlalu biasa dengan satu rutin tu, bila tiba masanya nak lakukan perubahan akan rasa macam, ”eh, betul ke apa yang aku buat ni?”, “boleh ke aku buat?”

Keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru ni secara jujurnya memang bukan senang dan perlukan keberanian. Yelah, untuk buat sebarang keputusan ni bukannya boleh tergesa-gesa. Kena fikir panjang.

Kalau anda nak buat sesuatu di luar kebiasaan anda tapi masih takut dan ragu-ragu, apa kata anda baca dulu kisah seorang wanita hebat yang kami nak kongsikan ni. Mana tahu, anda akan terinspirasi dan bersemangat untuk keluar dari zon selesa anda.

NAK BUAT SESUATU KEPUTUSAN BUKAN MUDAH, TAPI KENA BERANI!

Siapa je yang tak kenal dengan wanita cantik pemilik nama Ainur Syakina Azman ataupun Datin Paduka Eina Azman yang popular dengan tagline “It’s done..” di setiap video masakannya. Bermula sebagai seorang pelakon dan kini bergelar isteri, ibu dan juga ahli perniagaan, Datin Paduka Eina Azman berkongsi kisahnya.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, beliau dah tinggalkan dunia seni ke? Yelah, sebab dah jarang kelihatan di kaca tv. Menurut Datin Paduka Eina Azman, beliau masih belum meninggalkan dunia lakonan tetapi lebih memberi fokus kepada keluarga dan bisnesnya. Kalau anda nak tahu, beliau kini giat mengusahakan bisnes skincare sendiri iaitu Nea Beauty Care Malaysia.

Wow, bagi kami, ini satu keputusan berani apabila meliputi perubahan dalam kerjaya. Tambah-tambah pula, ibu berusia 24 tahun ini sentiasa sibuk dengan tanggungjawabnya dalam menguruskan rumah tangga dan anak kembar comelnya yang akan mula bersekolah tahun ini.

Ketika ditanya apakah faktor yang mendorongnya untuk terjun ke dunia perniagaan dan mencuba sesuatu yang baru, beliau menjelaskan, beliau memang sukakan cabaran dan buat sesuatu yang boleh mencabar kemampuan dirinya. Kerana baginya, kalau tak cuba, kita takkan tahu hasilnya. Jadi, kalau nak buat sesuatu, kena yakin,  fikir dalam-dalam dan terus go for it! 

MULANYA TAK PANDAI MASAK, TAPI KINI JAGUH DI DAPUR!

Termasuklah apabila di dapur! Walaupun sangat sibuk dengan aktiviti sehariannya, Datin Paduka Eina Azman tetap rajin ke dapur dan handal memasak. Siap boleh buat video masakan lagi!

Mengakui yang beliau pada mulanya tak pandai memasak dan agak fail di dapur, berkat kesungguhannya dan tak putus asa untuk belajar dari ibunya, kini, Datin Paduka Eina Azman dah jadi jaguh memasak dan merupakan chef favourite suaminya!

Bila tengok suami, anak-anak dan keluarganya berselera menikmati masakan air tangannya, lagilah beliau seronok dan ia secara tak langsung memotivasikan dirinya untuk memasak setiap hari!

Bagi beliau,tak kisah sesiapa pun, kena berani mencuba benda yang baru dan teruskan usaha sampai berjaya. Begitu juga bila memasak, jangan takut untuk mulakan langkah pertama  dan kongsi hasilnya bersama yang tersayang.  Tak Kenal, Tak Cinta, samalah macam MAGGI® CukupRasa!

HEBAT-HEBAT RASA, MAGGI® CukupRasa!

Mesti ada diantara anda yang tak berapa mahir di dapur dan bila masak, ada sahaja rasa yang tak cukup. Jangan risau, MAGGI® CukupRasa™ kan ada!

Buat anda yang belum pernah mencuba MAGGI® CukupRasa, anda pasti kena cuba tau! MAGGI® CukupRasa™  lengkap dengan bawang segar, rempah-ratus serta rasa ikan bilis dijamin boleh melazatkan lagi masakan anda.

Tak kisahlah sayur campur goreng, mi goreng, nasi goreng, ikan goreng mahupun telur dadar, tak perlu tambah garam, cuma taburkan MAGGI® CukupRasa™ dalam masakan dan rasai sendiri bagaimana ia menaikkan lagi rasa apa jua masakan anda!

Lepas ni, mesti anda akan lebih yakin lagi apabila di dapur. Dah masak tu, jangan lupa share dengan jiran ya! #TakKenalTakCinta #MAGGICukupRasa

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×